KUALA LUMPUR, MALAYSIA, Friday, 23 March 2018 – The Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, made an introductory visit to Malaysia from 21 to 23 March 2018.
Upon arrival at the Ministry of Defence of Malaysia, the Commander inspected a Guard of Honour comprising of personnel from the Malaysian Armed Forces. During the visit, Commander of RBAF made separate calls to Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Minister of Defence of Malaysia, and Dato Paduka Seri General Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Chief of Defence Force of the Malaysian Armed Forces.
Both sides reiterated their mutual commitment to continue to bolster defence ties and to further enhance interactions in areas of mutual interest through various bilateral and multilateral platforms with a view to contribute to peace and stability in the region.
As part of the visit, he visited the Army Training Command Headquarters, Malaysian Peacekeeping Centre, and MALBATT Village, and was also hosted to an official dinner by the Chief of Defence Force of the Malaysian Armed Forces.
The Commander of RBAF’s introductory visit underscores the strong and long-standing defence relationship between the Royal Brunei Armed Forces and the Malaysian Armed Forces. Both armed forces interact regularly through various platforms of cooperation, such as high-level visits, bilateral and multilateral exercises, professional exchanges, and training and courses, which have resulted in their close professional relationships and camaraderie.

Courtesy Call to Chief of Malaysian Armed Forces

Inspection of the Guard of Honour

Visit to Malaysian Peacekeeping Centre
PEMERINTAH ABDB ADAKAN LAWATAN PENGENALAN KE MALAYSIA
KUALA LUMPUR, MALAYSIA, Jumaat, 23 Mac 2018 – Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, telah mengadakan lawatan pengenalan ke Malaysia bermula pada 21 hingga 23 Mac 2018.
Semasa ketibaan di Kementerian Pertahanan Malaysia, Pemerintah ABDB membuat pemeriksaan Kawalan Kehormatan yang diberikan oleh Angkatan Tentera Malaysia. Semasa lawatan tersebut, Pemerintah ABDB mengadakan kunjungan hormat yang berasingan kepada Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia dan Dato Paduka Seri Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera Malaysia.
Kedua belah pihak mengulangi komitmen bersama untuk terus memperkuatkan hubungan pertahanan dan meningkatkan lagi interaksi dalam bidang kepentingan bersama menerusi pelbagai platform dua hala dan pelbagai hala dengan tujuan menyumbang ke arah keamanan dan kestabilan serantau.
Sebahagian daripada lawatan tersebut, Pemerintah ABDB membuat kunjungan ke Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Pusat Pengaman Malaysia dan Perkampungan MALBATT, serta menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia.
Lawatan pengenalan Pemerintah ABDB ini menunjukkan hubungan pertahanan yang erat di antara ABDB dan Angkatan Tentera Malaysia. Kedua buah angkatan tentera telah mengadakan banyak interaksi melalui pelbagai kerjasama seperti kunjungan rasmi, eksesais hubungan dua hala dan pelbagai hala, pertukaran profesional, dan latihan serta kursus, yang membantu dalam mengukuhkan lagi hubungan di antara kedua buah angkatan tentera.