
KUALA LUMPUR, MALAYSIA, Thursday, 09 June 2022 – Yang Mulia Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), made an introductory visit to Malaysia from 07 to 09 June 2022.
Upon arrival at the Ministry of Defence of Malaysia, the RBAF Commander inspected a Guard of Honour comprising personnel from the First Battalion of the Royal Malay Regiment, Malaysian Armed Forces. During the visit, he made a call to Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM, Chief of Defence Force of the Malaysian Armed Forces, accompanied by service chiefs, in the Ruang Perkasa room. Also in attendance was His Excellency Brigadier General (Retired) Dato Paduka Awang Haji Mahmud bin Haji Saidin, High Commissioner of Brunei Darussalam to Kuala Lumpur, Malaysia.
Both sides reiterated their mutual commitment to continue to bolster defence ties and further enhance interaction in areas of mutual interest through various bilateral and multilateral platforms while contributing the region’s peace and stability through participation in the International Monitoring Team in the Republic of the Philippines (IMT) and the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL).
As part of the visit program, the RBAF Commander visited the National Defence University of Malaysia (UPNM) and the National Center for Defence Studies (PUSPAHANAS). The RBAF Commander and delegation were also invited to an official dinner hosted by the Chief of Defence Force of the Malaysian Armed Forces and was also attended by key senior officers of the Malaysian Armed Forces.
The RBAF Commander’s introductory visit underscores the strong and long-standing defence relationship between the RBAF and the Malaysian Armed Forces. Both armed forces interact regularly through various platforms of cooperation including high-level visits, bilateral and multilateral exercises, professional exchanges, as well as training and courses, resulting in their close professional relationships and camaraderie.
Brunei Darussalam has established its defence relations with Malaysia since gaining its independence in 1984. Both sides signed a Memorandum of Understanding (MOU) on Defence Cooperation in 1992, which further bolstered bilateral defence relations between the two countries.


PEMERINTAH ABDB ADAKAN LAWATAN PENGENALAN KE MALAYSIA
KUALA LUMPUR, MALAYSIA, Khamis, 09 Jun 2022 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah mengadakan lawatan pengenalan ke Malaysia pada 07 hingga 09 Jun 2022.
Sejurus ketibaan di Kementerian Pertahanan Malaysia, Pemerintah ABDB menerima tabik hormat dan membuat pemeriksaan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota Batalion Pertama, Rejimen Askar Melayu Diraja, Angkatan Tentera Malaysia. Semasa lawatan tersebut, Pemerintah ABDB mengadakan kunjungan muhibah kepada Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang, TUDM, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, diiringi oleh panglima-panglima angkatan tentera, di bilik Ruang Perkasa. Turut hadir adalah Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Paduka Awang Haji Mahmud bin Haji Saidin, Persuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di Kuala Lumpur, Malaysia.
Kedua belah pihak mengulangi komitmen untuk terus memperkukuhkan hubungan pertahanan dan meningkatkan lagi interaksi dalam bidang kepentingan bersama menerusi pelbagai platform dua hala dan pelbagai hala dengan tujuan menyumbang ke arah keamanan dan kestabilan serantau melalui penglibatan dalam Pasukan Pemantau Antarabangsa di Republik Filipina (IMT) dan United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL).
Sebagai sebahagian daripada lawatan tersebut, Pemerintah ABDB membuat kunjungan ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS). Pemerintah ABDB dan delegasi juga telah dijemput bagi majlis makan malam yang dihoskan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia.
Lawatan pengenalan Pemerintah ABDB ini menunjukkan hubungan pertahanan yang erat di antara ABDB dan Angkatan Tentera Malaysia. Kedua buah angkatan tentera telah mengadakan banyak interaksi melalui pelbagai kerjasama seperti kunjungan rasmi, eksesais hubungan dua hala dan pelbagai hala, pertukaran profesional, dan latihan serta kursus, yang membantu dalam mengukuhkan lagi hubungan di antara kedua buah angkatan tentera.
Hubungan pertahanan dua hala ditubuhkan dengan Negara Malaysia apabila Negara Brunei Darussalam mencapai kemerdekaan pada tahun 1984. Kedua-dua pihak turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) pada tahun 1992, bagi mengukuhkan lagi hubungan pertahanan dua hala.