TANAH JAMBU, Tuesday, 28 May 2019 – Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) today shared his perspective on the opportunities and threats that emerge from the Fourth Industrial Revolution, during his keynote address titled “The Fourth Industrial Revolution: Its Impact on the Armed Forces and Future Leadership” to the participants of the 9th Command and Staff Course (CSC 9). 

In his keynote address, the Commander of the RBAF highlighted the importance for small armed forces, particularly RBAF to embrace, adapt and prepare for the future operating environment. 

After the lecture, Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud was presented with a memento by Major Zhou Nan, an international student from the People’s Republic of China, on behalf of the CSC 9 cohort. A group photo session and an interactive session with the course participants then followed.  

Held at the Command and Staff College, Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), the 40-week course, delivered in partnership with Universiti Brunei Darussalam, aims to prepare mid-level officers for higher command and staff appointments by broadening their professional knowledge, and developing command, analytical, decision-making and communication skills. 





PEMERINTAH ABDB SAMPAIKAN SYARAHAN DI KURSUS MAKTAB TURUS AP ABDB SESI 09/2019

TANAH JAMBU, Selasa, 28 Mei 2019 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkongsi pandangan mengenai peluang dan ancaman daripada Fourth Industrial Revolution, dalam satu syarahan bertajuk “The Fourth Industrial Revolution: Its Impact on the Armed Forces and Future Leadership” kepada peserta-peserta Kursus Maktab Turus Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) sesi 09/2019. 

Dalam syarahan beliau, Pemerintah ABDB menyentuh mengenai kepentingan Angkatan Tentera kecil terutama sekali ABDB dan pemimpin masa hadapan untuk menerima, menyesuaikan diri dan bersedia untuk menghadapi cabaran tersebut.

Selepas sesi syarahan, satu memento telah disampaikan kepada Pemerintah ABDB oleh wakil peserta kursus luar negeri dari Republik Rakyat China, Mejar Zhou Nan. Yang Mulia Pengiran Dato seterusnya dijunjung bagi sesi bergambar ramai dan sesi interaksi bersama peserta-peserta Kursus Maktab Turus AP ABDB sesi 09/2019.

Dianjurkan di Maktab Turus, Akademi Pertahanan ABDB, kursus yang dijalankan selama 40 minggu ini disampaikan dengan kerjasama Universiti Brunei Darussalam bertujuan untuk mempersiapkan peserta kursus bagi memegang pangkat dan jawatan yang lebih tinggi dengan memperluaskan pengetahuan profesional mereka di samping bertujuan untuk membina kemahiran mereka dalam bidang pemerintahan, analitikal, membuat keputusan dan komunikasi.