BOLKIAH GARRISON, Monday, 24 August 2020 – Joint Force Headquarters, Royal Brunei Armed Forces (RBAF) hosted a video conference as part of Commander of RBAF farewell programme at the VIP Conference Room, Tower Block, Ministry of Defence.

The Commander of RBAF, Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud had the opportunity to interact with Head of Contingents from International Monitoring Team (IMT) and International Decommissioning Body (IDB) in the Republic of the Philippines and contingent in the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL).

During the video conference, head of contingents have expressed their appreciation for the Commander’s effective leadership and concerns towards the welfare of RBAF personnel in general and those away on missions. This includes his continuous guidance and advices which have been a source of motivation for those away on missions.

The Commander of RBAF also took this opportunity to impart words of advice and motivation for those on missions to remain vigilant and focused in carrying out their respective mission and reminded the head of contingents to always maintain their highest standard of discipline in enhancing RBAF’s image in particular and Brunei Darussalam on an international level.

Other than that, the Commander of RBAF also reminded all contingents to always maintain communication and update their situation to ensure the well-being of the personnel away on missions will be guaranteed and all requirements are met, especially during emergencies. Lastly, Commander of RBAF also expressed his appreciation to all personnel of the three contingents and reminded them to take care of themselves while on duty especially at a time when the world is dealing with COVID-19 pandemic.



PEMERINTAH ABDB ADAKAN SIDANG VIDEO BERSAMA KONTINJEN IMT, IDB DAN UNIFIL ABDB

BOLKIAH GARISON, Isnin, 24 Ogos 2020 – Markas Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menghoskan sidang video sebagai sebahagian acara perpisahan Pemerintah ABDB bertempat di Bilik Persidangan VIP, Bangunan Menara Kementerian Pertahanan.

Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud berkesempatan untuk berinteraksi bersama Ketua-ketua Kontinjen dari International Monitoring Team (IMT), International Decommissioning Body (IDB) yang berada di Republik Filipina dan ketua bagi misi pengaman United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL).  

Semasa sidang video tersebut, Ketua-ketua kontinjen menyampaikan ucapan penghargaan diatas kepimpinan yang efektif serta keprihatinan Pemerintah ABDB terhadap kebajikan anggota ABDB amnya dan anggota yang menyertai misi khasnya. Ini termasuk segala tunjuk ajar dan nasihat yang telah diberikan kepada ABDB disepanjang tempoh beliau sebagai Pemerintah ABDB dimana ianya juga telah banyak memberikan motivasi kepada anggota-anggota yang sedang menjalankan misi.

Di kesempatan ini, Pemerintah ABDB telah menyampaikan beberapa kata-kata nasihat serta semangat agar anggota misi akan terus memberikan perhatian dan tumpuan sepenuhnya kepada perlaksanaan misi masing-masing dan mengingatkan Ketua-ketua kontinjen untuk sentiasa mengekalkan tahap disiplin yang tinggi dalam mempertingkatkan lagi imej ABDB khasnya dan Negara Brunei Darussalam amnya di peringkat antarabangsa.  

Selain itu, Pemerintah ABDB juga berpesan agar ketiga-tiga kontinjen akan sentiasa berkomunikasi dan mengemaskini situasi mereka bagi memastikan kesejahteraan anggota yang menyertai misi terjamin dan segala keperluan dapat dipenuhi termasuk semasa mengalami situasi kecemasan.  Akhir sekali, Pemerintah ABDB juga merakamkan penghargaaan kepada kesemua anggota ketiga-tiga kontinjen dan berpesan untuk sentiasa menjaga diri semasa bertugas terutama sekali dalam keadaan dunia yang sedang berdepan dengan situasi pandemik Covid-19.