PENANJONG GARRISON, Friday 12 February 2016 – With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of the Royal Brunei Armed Forces has been conferred as an honorary member of the Special Force Regiment (SFR) on the occasion of the SFR RBAF 40th anniversary at the Special Force Regiment Camp, Penanjong Garrison, Tutong. SFR Insignia, Maroon Beret and the Commando Dagger were presented by the Commanding Officer SFR RBAF to Commander of RBAF.
Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih is the first Commander of the RBAF to be honoured with the SFR’s honorary membership due to his exemplary leadership, professionalism and contributions which enabled SFR to be recognised as the state’s elite force in defending Brunei Darussalam.
His Majesty the Sultan of Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of the RBAF is the Royal Honorary Member of the RBAF Special Forces. The Royal Honorary members of the SFR RBAF also includes His Majesty King Abdullah II Al-Husein of the Hashemite Kingdom of Jordan in 2006 and His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and General of the Royal Brunei Armed Forces in 2013, which were previously presented by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of the RBAF.
The SFR is an elite unit in the RBAF with highly trained and special equipped personnel to conduct clandestine operations, counter terrorist operations and other special operations with various means of insertion via land, sea or air.
The ceremony began with the participation of Commander RBAF in a hostage rescue training mission whereby an assault and Close Quarter Battle in a Mock Building were conducted in order to neutralise the terrorists and rescue of the hostages. The ceremony then ended with the presentation of the new SFR Regimental Flag by Commander RBAF to the Commanding Officer SFR in conjunction with the occasion of the 40th year of the formation of the SFR in the RBAF. The ceremony was witnessed by Services Commanders of the RBAF, Military Directors within the Ministry of Defence, Commandant of the Training Institution RBAF and members of the SFR RBAF.

Commander RBAF participated in hostage rescue training mission

Commander RBAF presented the new SFR flag to RSM SFR

New SFR flag hoisting ceremony
PEMERINTAH ABDB DIANUGERAHKAN SEBAGAI WARGA KEHORMAT
REJIMEN PASUKAN KHAS
PENANJONG GARISON, Jumaat 12 Februari 2016 – Dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah memperkenankan bagi Yang Dimuliakan Mejar Jeneral Pehin Datu Pekerma Jaya Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) untuk dianugerahkan sebagai Warga Kehormat Rejimen Pasukan Khas (RPK) bertempat di Kem Rejimen Pasukan Khas, Penanjong Garison, Tutong, bersempena dengan Hari Ulang Tahun Rejimen Pasukan Khas ke 40 Tahun.
Pemerintah ABDB telah dianugerahkan dengan Lencana Pasukan RPK, Beret Maroon dan pisau Komando yang telah disampaikan oleh Pegawai Pemerintah Rejimen Pasukan Khas. Yang Dimuliakan Mejar Jeneral Pehin Datu Pekerma Jaya Dato Paduka Seri Mohd Tawih adalah Pemerintah ABDB yang pertama diberi penghormatan sebagai warga kehormat RPK dan penghormatan ini diberikan sebagai pengiktirafan di atas kewibawaan, kebijaksanaan, profesionalime, kecekapan yang tinggi dan kemantapan kepimpinan semasa memegang tampuk kepimpinan ABDB. Dengan pencapaian ini, RPK telah berjaya membuktikan dan mempertahankan status nya sebagai sebuah pasukan elit yang menjadi benteng bagi mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara Brunei Darussalam.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei adalah merupakan Warga Kehormat Diraja Rejimen Pasukan Khas. Warga Kehormat Diraja Rejimen Pasukan Khas yang lain adalah termasuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Abdullah II Al-Husein Hashemite Kingdom of Jordan pada tahun 2006 and Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada tahun 2013.
Rejimen Pasukan Khas merupakan sebuah pasukan elit didalam ABDB yang mempunyai keanggotaan yang terlatih dan dilengkapi dengan peralatan mahupun aset khas bagi melaksanakan operasi rahsia, anti-pengganas dan operasi khas yang lain serta memiliki kemahiran untuk penyusupan melalui Udara, Laut dan Darat.
Sebelum bermulanya majlis penganugerahan, Pemerintah ABDB turut terlibat dalam latihan tempur rapat bagi misi menyelamat tebusan yang berada didalam bangunan. Sempena Ulang Tahun Rejimen Pasukan Khas ke 40 Tahun, RPK turut menerima Bendera Pasukan yang baru yang telah disampaikan oleh Pemerintah ABDB. Turut hadir bagi menyaksikan majlis ini adalah Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-pengarah Tentera, Komandan-komandan dan warga Rejimen Pasukan Khas.