BOLKIAH GARRISON, Thursday, 30 September 2021
– Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), attended a virtual follow-up discussion of the 2021 Chiefs of Defence (CHOD) Conference today.
The follow-up discussion was hosted by Admiral J.C. Aquilino, Commander, United States Indo-Pacific Command (USINDOPACOM) and attended by 21 countries from the Indo-Pacific region. The discussion highlighted the main outcomes of the 2021 CHOD Conference held in Hawaii last month, which emphasised three key areas, namely enhanced interoperability, increase in information sharing, and increased diversity while shaping the regional security environment.
During the session, each Chief of Defence shared their views and current efforts on the issues discussed, particularly on the cooperation to promote strategic stability and the importance of maintaining a free, open, and transparent Indo-Pacific region through multilateral cooperation and strong partnerships.
The Commander of the RBAF took the opportunity to thank Admiral Aquilino for hosting the engaging follow-up discussion and reaffirm Brunei Darussalam’s commitment to strengthen existing bilateral defence relations.


PEMERINTAH ABDB MENGHADIRI PERBINCANGAN LANJUT PERSIDANGAN KETUA-KETUA TURUS PERTAHANAN (CHOD) 2021 SECARA DALAM TALIAN
BOLKIAH GARISON, Khamis, 30 September 2021 – Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menghadiri perbincangan lanjut Persidangan Ketua-Ketua Turus Pertahanan (CHOD) 2021 yang diadakan secara dalam talian pada hari ini.
Persidangan tersebut dihoskan oleh Admiral J.C. Aquilino, Commander, United States Indo-Pacific Command (USINDOPACOM) dan dihadiri oleh 21 buah negara lain dari rantau Indo-Pasifik. Perbincangan pada kali ini berfokuskan hasil utama dari Persidangan CHOD 2021 yang diadakan di Hawaii pada bulan lepas antara lain menekankan tiga aspek utama iaitu memperkukuhkan interoperabiliti, mempertingkatkan perkongsian maklumat dan mempertingkatkan kepelbagaian dalam membentuk keselamatan persekitaran serantau.
Semasa sesi tersebut, setiap Ketua-Ketua Turus Pertahanan mengungsikan pandangan dan usaha masing-masing terhadap isu-isu yang dibincangkan khususnya mengenai dengan kerjasama dalam menggalakkan kestabilan strategik dan kepentingan dalam menjaga rantau Indo-Pasifik yang bebas, terbuka dan telus melalui kerjasama pelbagai hala yang utuh.
Pemerintah ABDB kemudiannya mengambil peluang mengucapkan rasa penghargaan kepada Admiral Aquilino dalam menghoskan perbincangan yang menarik dan mengesahkan lagi komitmen Negara Brunei Darussalam dalam memperkukuhkan hubungan pertahanan dua hala yang sedia ada.