
HONOLULU, HAWAII, Wednesday, 12 September 2018 – Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) attended the Annual Chiefs of Defense (CHOD) Conference 2018 in Honolulu, Hawaii.
This year’s CHOD Conference was hosted by the United States Indo-Pacific Command (USINDOPACOM) from 10 to 12 September 2018 at the Prince Waikiki Hotel.
Chiefs of Defence and representatives from the Indo-Asia-Pacific region attended the CHOD Conference 2018, with the theme “Securing a free and open indo-pacific”, which is aimed at discussing regional security challenges and enhancing security cooperation. The conference comprised of presentations by invited guest speakers on their respective subjects related to the conference theme followed by plenary sessions, along with working lunches. The conference ended on the final day with a farewell dinner at the Plenary Hall, Prince Waikiki Hotel hosted by the Commander of USINDOPACOM.
During the conference, RBAF Commander also held bilateral meetings with his counterparts to discuss on the warm bilateral ties between Brunei Darussalam and the respective countries, as well as future initiatives to further strengthen the defence cooperation and personal friendship between the armed forces and countries in general.


PEMERINTAH ABDB HADIRI
THE ANNUAL CHIEFS OF DEFENSE CONFERENCE 2018 DI HAWAII
HONOLULU, HAWAII, Rabu, 12 September 2018 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah menghadiri
The Annual Chiefs of Defense (CHOD) Conference 2018 di Honolulu, Hawaii. Persidangan CHOD pada tahun ini telah dihoskan oleh
United States Indo-Pacific Command (USINDOPACOM) bermula 10 hingga 12 September 2018 di Hotel Prince Waikiki.
Ketua-ketua Turus Pertahanan dan perwakilan daripada negara-negara Indo-Asia-Pasifik telah menghadiri Persidangan CHOD 2018 dengan bertemakan
“Securing a free and open indo-pacific” yang mana bertujuan untuk membincangkan mengenai cabaran sekuriti serantau sekaligus meningkatkan lagi kerjasama sekuriti di rantau. Persidangan ini merangkumi dengan taklimat daripada jurucakap-jurucakap yang telah dijemput untuk membincangkan mengenai perkara-perkara yang berhubungkait dengan tema pada tahun ini, dan seterusnya diikuti dengan sesi plenari dan makan tengahari. Persidangan tersebut diakhiri dengan majis makan malam pada hari terakhir persidangan berkenaan di
Plenary Hall, Hotel Prince Waikiki yang dihoskan oleh Pemerintah USINDOPACOM.
Semasa menghadiri persidangan tersebut, Pemerintah ABDB juga mengadakan perjumpaan dua hala bersama beberapa negara-negara sahabat untuk membincangkan mengenai hubungan rapat yang terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan negara-negara berkenaan, serta inisiatif-inisiatif masa hadapan untuk mengukuhkan lagi hubungan pertahanan dan jalinan persahabatan di antara angkatan-angkatan tentera dan negara-negara secara amnya.