BANGKOK, THAILAND, Wednesday, 28 August 2019 – Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) attended the 2019 Indo-Pacific Chiefs of Defense (CHOD) Conference in Bangkok, Thailand from 26 August to 28 August 2019. 

Accompanying RBAF Commander was Colonel (U) Pengiran Haji Mohammed Hasreen bin Pengiran Haji Ali Hassan, Director of the Performance Optimisation Centre. 

The 2019 Indo-Pacific CHOD conference was co-hosted by the Royal Thai Armed Forces and the United States Indo-Pacific Command, which was attended by thirty-three Chiefs of Defence and representatives from the Indo-Pacific region. 

The theme for this year’s CHOD Conference is “Collaboration in a Free and Open Indo-Pacific.” During the conference, the military leaders discussed on the current security challenges faced by the Indo-Pacific region, as well as, the importance of alliances, increased communication and cooperation to promote a free and open Indo-Pacific. 

Part of the conference agenda included presentations by invited guest speakers who are subject experts on respective topics related to the conference theme, along with plenary sessions for CHODs to engage in open discussions on their common challenges. Meanwhile, the keynote address was delivered by His Excellency Prayut Chan-o-cha, the Prime Minister of Thailand. 

RBAF Commander also held courtesy calls with his CHOD counterparts to acknowledge the warm bilateral military ties between Brunei Darussalam and the respective countries, as well as discuss on future initiatives to further strengthen the professional relationship and personal friendship between the armed forces of the Indo-Pacific region in general.

The conference ended with a farewell dinner. 



PEMERINTAH ABDB HADIRI PERSIDANGAN INDO-PASIFIK CHOD 2019

BANGKOK, THAILAND  Rabu, 28 Ogos 2019 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menghadiri Persidangan Indo-Pasifik Chiefs of Defence (CHOD) 2019 di Bangkok dari 26 Ogos hingga 28 Ogos 2019. Pemerintah ABDB turut diiringi oleh Kolonel (U) Pengiran Haji Mohammed Hasreen bin Pengiran Haji Ali Hassan, Pengarah Pusat Optima Kecergasan Tentera.

Persidangan Indo-Pasifik CHOD 2019 telah dianjurkan bersama oleh Angkatan Bersenjata Diraja Thailand dan United States Indo-Pasifik Command, di mana seramai tiga puluh tiga orang Ketua Turus Pertahanan dan wakil-wakil dari rantau Indo-Pasifik telah menghadiri persidangan ini. 

Tema persidangan CHOD pada tahun ini adalah “Collaboration in a Free and Open Indo-Pacific”. Semasa persidangan, Ketua-ketua Turus Pertahanan telah membincangkan mengenai cabaran keselamatan semasa di rantau Indo-Pasifik, serta kepentingan persahabatan, peningkatan komunikasi dan kerjasama bagi menggalakkan rantau Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka. 

Sebahagian daripada agenda persidangan adalah terdiri daripada penyampaian kertas kerja oleh para penceramah jemputan yang merupakan pakar dalam topik-topik yang berkaitan dengan tema persidangan serta sesi pleno bagi Ketua-ketua Turus Pertahanan untuk mengadakan perbincangan terbuka mengenai cabaran-cabaran bersama yang dihadapi. Manakala, ucaptama bagi persidangan tersebut telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Prayut Chan-o-cha, Perdana Menteri Thailand.

Pemerintah ABDB juga telah mengadakan kunjungan muhibah dengan rakan-rakan Ketua Turus Pertahanan bagi membincangkan mengenai hubungan ketenteraan dua hala yang erat antara Negara Brunei Darussalam dan negara masing-masing, serta inisiatif-inisiatif masa depan untuk memperkuatkan lagi hubungan profesional dan jalinan persahabatan peribadi di kalangan angkatan tentera rantau Indo-Pasifik secara umum.

Persidangan tersebut berakhir dengan Makan Malam Perpisahan pada hari terakhir.