KARACHI, PAKISTAN Wednesday, 28 November 2018 – Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) attended the 10th International Defence Exhibition and Seminar (IDEAS) 2018 which was held from 27 to 30 November 2018 in Karachi, Islamic Republic of Pakistan. Accompanying the Commander of RBAF was the Director of Force Capability Development, Ministry of Defence (MINDEF). 

Organised by the Defence Export Promotion Organization (DEPO) of Pakistan and supported by Pakistan Armed Forces, IDEAS 2018 showcases products from various international security and defence industries with the theme “Strength Through Self Reliance” which saw the participation of 522 exhibitors from 51 countries this year. Amongst the main highlights of the event was the international seminar, Pakistan Armed Forces conferences, technical product presentation, live product demonstration and network with industry experts.

During the sidelines of the exhibition, the Commander of RBAF also held courtesy call with General Zubair Mahmood Hayat, Chairman of the Joint Chiefs of Staff Committee (CJCSC), Pakistan Armed Forces. During the courtesy call, both sides expressed satisfaction at the continuous support and cooperation between both armed forces.






PEMERINTAH ABDB HADIRI THE 10th INTERNATIONAL DEFENCE EXHIBITION AND SEMINAR (IDEAS) 2018 

KARACHI, PAKISTAN, Rabu, 28 November 2018 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menghadiri 10th International Defence Exhibition And Seminar (IDEAS) 2018 di Karachi, Republik Islam Pakistan. Turut mengiringi Pemerintah ABDB adalah Pengarah Perkembangan Keupayaan Tentera, Kementerian Pertahanan.

IDEAS 2018 telah dikendalikan oleh Defence Export Promotion Organisation (DEPO), Pakistan dan disokong oleh Angkatan Bersenjata Pakistan yang mana mempamerkan produk daripada pelbagai industri sekuriti dan pertahanan antarabangsa. Tema pada acara tahun ini adalah “Strength Through Self Reliance” dan sebanyak 522 syarikat daripada 51 buah negara turut mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka dalam acara tersebut. Acara tersebut merangkumi persidangan antarabangsa, pertunjukan produk, demonstrasi produk secara langsung, dan dihadiri oleh pakar-pakar dari pelbagai industri.

Di samping itu, Pemerintah ABDB juga mengadakan kunjungan muhibah dengan Jeneral Zubair Mahmood Hayat, Chairman of the Joint Chiefs of Staff Committee (CJCSC), Pakistan Armed Forces. Semasa kunjungan tersebut, kedua belah pihak berpuas hati dengan sokongan dan kerjasama yang berterusan di antara kedua buah angkatan tentera.