BOLKIAH GARRISON, Friday 17 February 2017 – His Royal Highness Prince General Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Senior Minister at the Prime Minister’s Office and General of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and Her Royal Highness Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman consented to attend a high-tea reception hosted by the RBAF to celebrate His Royal Highness the Crown Prince’s 43rd Birthday at the Bolkiah Garrison Officers’ Mess.

Accompanying Their Royal Highnesses were His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah and Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah.

Upon arrival, their Royal Highnesses were welcomed by the Deputy Minister of Defence, First Admiral (Retired) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit and spouse; and Commander of RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah and spouse.

During the reception, His Royal Highness was introduced to RBAF officers and personnel including the gold medal winners in the Pistol Men Individual and Team Event at the 26th ASEAN Armies Rifles Meets (AARM) Shooting Competition in the Philippines last year; RBAF officers who graduated from Staff Courses abroad; newly commissioned officers who received awards of excellence from the 15th Intake of the RBAF Officer Cadet School; and scholars of the Supreme Commander of the RBAF Scholarship and the RBAF Scholarship.

His Royal Highness the Crown Prince was then presented with a birthday cake and a pesambah by the Commander of the RBAF. His Royal Highness the Crown Prince also received a photo book album entitled Sejambak Ristaan X  – a collection of photographs of his visits to the Ministry of Defence and RBAF and then signed the Royal Parchment.

Before leaving the Officers’ Mess, Their Royal Highnesses consented to receive Junjung Ziarah from the Defence Executive Committee members, Service Commanders, Directors, Commandants and senior officers.

ABDB SAMBUT HARI PUJA USIA DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA YANG KE 43

BOLKIAH GARISON, Jumaat 17 Februari 2017 – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang Sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia ke 43 Tahun yang disembahkan oleh ABDB di Mes Pegawai Bolkiah Garison.

Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia di Mes Pegawai Bolkiah Garison dijunjung oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit bersama isteri; dan Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah bersama isteri.

Semasa majlis tersebut, Duli Yang Teramat Mulia diperkenalkan kepada pegawai-pegawai dan anggota-anggota ABDB termasuk mereka yang memenangi pingat emas dalam kejohanan menembak 26th ASEAN Armies Rifles Meets (AARM) di Republik Filipina pada tahun lepas; pegawai-pegawai ABDB yang kembali setelah menamatkan  kursus-kursus di luar negeri; penerima-penerima anugerah terbaik di Sekolah Pegawai Kadet Pengambilan Ke-15 terkini; dan penerima-penerima Anugerah Skim Biasiswa Pemerintah Tertinggi ABDB  dan ABDB.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota kemudian disembahkan kek puja usia dan menerima pesambah yang disembahkan oleh Pemerintah ABDB. Duli Yang Teramat Mulia seterusnya menerima senaskah buku album bertajuk Sejambak Ristaan X yang mengandungi koleksi gambar-gambar kenangan keberangkatan lawatan Duli Yang Teramat Mulia ke Kementerian Pertahanan dan ABDB dan menandatangani lembaran keberangkatan.

Sebelum bertolak daripada Mes Pegawai Bolkiah Garison, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota juga berkenan menerima junjung ziarah dari ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Pemerintah-Pemerintah Tentera, Pengarah-Pengarah, Komandan-Komandan dan pegawai-pegawai kanan.