LAMBAK KANAN, Friday, 21 June 2019 – An annual charity event in conjunction with the 58th Anniversary of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) was held for 128 children with special needs of Royal Brunei Armed Forces personnel. The event was held at the McDonald’s Drive-Thru, Kampong Lambak.
Present as the guest of honour was Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of RBAF. Also present were the Services Commanders, Military Directors, Commandants, Directors, senior officers and personnel of RBAF, as well as the parents and guardians of the special needs children.
The event commenced with the presentation of commemorative memento by the Commander of RBAF to the event sponsors, followed by the presentation of donation to the special needs children.
Charitable contributions for the event included monetary donations and gifts from McDonald’s, Persatuan Badan Kebajikan Isteri-Isteri Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (BAKTI), Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Dewan Bahasa dan Pustaka, Koperasi ABDB Dengan Tanggungan Berhad (KOWIRA), Samima Sendirian Berhad and Zulkader Sendirian Berhad .
This annual event is one of the community service activities in the effort to nurture a culture of giving and generosity amongst the RBAF personnel.




MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA ANAK- ANAK ISTIMEWA SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN ABDB KE 58 TAHUN
LAMBAK KANAN, Jumaat, 21 Jun 2019 – Acara amal tahunan sambutan Hari Raya Aidilfitri sempena Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-58 telah dijalankan untuk 128 anak- anak istimewa anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Acara tersebut berlangsung di Cawangan Pandu Lalu McDonald’s, Kampong Lambak.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB. Turut hadir adalah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera,
Pengarah-Pengarah Tentera, Komandan-komandan, pegawai-pegawai kanan dan anggota ABDB serta para ibubapa dan penjaga anak-anak istimewa.
Majlis dimulakan dengan penyampaian cenderahati kenangan daripada Pemerintah ABDB kepada pengerusi-pengerusi penaja majlis dan diteruskan dengan penyampaian derma kepada anak-anak istimewa.
Sumbangan amal yang dihulurkan adalah berbentuk wang tunai dan hadiah dari McDonald’s, Persatuan Badan Kebajikan Isteri-Isteri ABDB (BAKTI), Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Dewan Bahasa dan Pustaka, Koperasi ABDB Dengan Tanggungan Berhad (KOWIRA), Samima Sendirian Berhad dan Zulkader Sendiri Berhad.
Acara tahunan ini adalah salah satu aktiviti khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh ABDB dalam usaha menanai budaya bersedekah dan tolong menolong di kalangan warga ABDB.