BERAKAS GARRISON, Friday 10 July 2015 – An Excellence Award Ceremony for children of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel in conjunction with the RBAF 54th anniversary was held today at the Pahlawan Hall, Berakas Garrison. 

Present as the guest of honour was Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Acting RBAF Commander.

A total of 87 children were selected to receive the awards according to their respective public examinations. Five recipients awarded for the ‘O’ Level exam, 30 recipients awarded for Primary School (PSR) exam, one recipient awarded for High School Religious Exam and 51 others received awards for Primary 6 Religious School exam. Exam results of 2014 showed an improvement of total recipients from 2013 exam results.


One student was chose as recipient of Excellence Award. Nur Nadiah Natasha binti Abdul Rajid who obtained 9 ‘O’ Level with 7 Grade As, 1 Grade B and 1 Grade C. In addition, she also received gift incentives contributed by DST Sdn Bhd and Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) apart from the ones presented by the RBAF. 

Whilst the ceremony is one of the annual activities of the RBAF anniversary, it is also an appreciation for all the children of RBAF personnel who have obtained brilliant achievements in the public examinations for 2014.

This celebration also aims to nurture the spirit and enthusiasm of the recipients as well as to motivate and further encourage other children of the RBAF personnel to excel in future exams.​




 

 87 ANAK-ANAK CEMERLANG ABDB TERIMA ANUGERAH 

BERAKAS GARISON, Jumaat 10 Julai 2015 – Majlis meraikan anak-anak cemerlang Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sempena Hari Ulang Tahun ABDB ke 54 tahun telah diadakan di Dewan Pahlawan, Berakas Garison. 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Pemangku Pemerintah ABDB.

Seramai 87 penerima telah terpilih untuk menerima anugerah mengikut kategori peperiksaan masing-masing. Lima orang bagi kategori Peperiksaan Awam Peringkat GCE ‘O’ Level, 30 orang penerima bagi kategori Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR), seorang menerima bagi kategori Sijil Tinggi Peperiksaan Ugama Brunei dan 51 orang penerima bagi kategori Peperiksaan Sekolah Rendah Ugama Darjah Enam. 

Keputusan peperiksaan pada tahun 2014 menunjukkan peningkatan dalam keseluruhan penerima berbanding keputusan peperiksaan pada tahun 2013.

Seorang pelajar telah terpilih sebagai penerima anugerah cemerlang iaitu Nur Nadiah Natasha binti Abdul Rajid yang telah memperolehi 9 ‘O’ Level dengan 7 Gred A, 1 Gred B and 1 Gred C. 

Selain hadiah sumbangan dari ABDB mereka juga menerima hadiah sumbangan daripada DST Sdn Bhd dan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB). 

Majlis ini merupakan salah satu aktiviti tahunan yang diselitkan di dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang diadakan pada setiap tahun sempena HUT ABDB. Ia juga sebagai satu penghargaan yang diberikan kepada anak-anak anggota ABDB yang telah memperolehi pencapaian yang cemerlang di dalam peperiksaan awam bagi tahun 2014.

Penganugerahan ini juga bertujuan untuk memberi lagi semangat kepada para penerima serta meningkatkan motivasi dan dorongan kepada anak-anak anggota ABDB yang lain untuk mencapai kejayaan di masa akan datang.