MUARA NAVAL BASE, Friday, 22 July 2016 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) always takes great care of the well being of its personnel and members of their families, especially in social gatherings.
This morning, a ceremony for the presentation of donations to 92 special children of RBAF was held at the Officers’ Mess, Royal Brunei Navy (RBN) Base, in conjunction with the RBAF 55th Anniversary and also to celebrate Hari Raya Aidilfitri ,
Present as the guest of honor was the Commander of RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih Bin Abdullah.
The cash donations from the RBAF Welfare Fund, Charities from RBAF 55th Anniversary, MS RBAF, Kowira as well as the contribution from BAKTI were presented by the guest of honour to the special children.
This event is one of the community activities held annually in conjunction with the anniversary of the RBAF as a demonstration of the care and concern for special children of RBAF as well as a commitment to the welfare of the community that needs assistance. This year the event was jointly held with the celebration of Hari Raya Aidilfitri.
This contribution is hoped to give the motivation and encouragement in nurturing a caring community, especially in shaping the younger generation to become exemplary role models.
Present at the ceremony were the Services Commanders and Deputies, Directors, Commandants, officers of RBAF as well as parents, guardians and relatives of the special children.




MAJLIS BERSAMA ANAK-ANAK ISTIMEWA DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
MUARA, PANGKALAN TLDB Jumaat, 22 Julai 2016 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan anggota-anggotanya berserta ahli keluarga masing-masing terutama dalam mengadakan aktiviti kemasyarakatan.
Pada pagi tadi, Majlis Penyampaian Sumbangan Derma kepada 92 anak-anak istimewa anggota ABDB telah diadakan di Mes Pegawai, Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) ABDB Ke-55 Tahun dan juga bagi merayakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis adalah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih Bin Abdullah.
Sumbangan berbentuk wang tunai daripada Tabung Kebajikan ABDB, Dana HUT ABDB Ke-55, MS ABDB, Kowira serta sumbangan dari BAKTI disampaikan oleh tetamu kehormat kepada anak-anak istimewa tersebut.
Acara ini merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan yang diadakan setiap tahun bersempena dengan Hari Ulang Tahun ABDB sebagai tanda pemedulian dan keprihatinan terhadap anak-anak istimewa ABDB serta komitmen terhadap kebajikan masyarakat yang memerlukan bantuan. Pada tahun ini majlis tersebut telah digabungkan dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Dengan sumbangan sedemikian sekurang-kurangnya dapat memberikan semangat dan pendorong dalam membentuk masyarakat penyayang terutamanya generasi muda untuk melahirkan modal insan yang sempurna.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan-Timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-pengarah, Komandan-komandan, pegawai-pegawai ABDB dan para ibu bapa, penjaga dan saudara-mara anak-anak istimewa.