MUARA, Thursday, 27 September 2018 – A three-day ‘Public Relations And Editorial Workshop’ was conducted at the Royal Brunei Navy Training Centre, RBN at the Muara Base for twenty-one Public Relations Liaisons (PRLs) that comprised of civilian and military personnel from Ministry of Defence and various units of Royal Brunei Armed Forces (RBAF). The workshop was organised by the Public Relations Unit (PRU) which began from 25 to 27 September 2018.
The closing ceremony of the workshop that was held this afternoon included a presentation of certificates of completion by the guest of honour, Haji Mohd Zakaria bin Haji Sarudin, Deputy Permanent Secretary, Ministry of Defence.
The purpose of the workshop was to create awareness on the existing organisational practices and processes relating to media management in the field of defence, the Ministry of Defence and RBAF branding, and types of editorial writing, as well as to discuss and share ideas on addressing emerging challenges in media management.
Participants also heard a presentation by a guest speaker from the Management Services Department (MSD), Prime Minister’s Office on ‘’Public Engagement Guideline’.
The participants also made educational visits to other government agencies such as the Radio Television Brunei (RTB); Information Department, Prime Minister’s Office; Royal Brunei Police Force and the National Disaster Management Centre (NDMC) to learn about their media management guidelines.



UNIT PERHUBUNGAN AWAM KENDALIKAN BENGKEL ‘PUBLIC RELATIONS AND EDITORIAL FOR PUBLIC RELATIONS LIAISONS’
MUARA, Khamis, 27 September 2018 – Bengkel selama tiga hari mengenai
‘Public Relations And Editorial’ telah diadakan di Pusat Latihan Tentera Laut Diraja Brunei (PL TLDB) di Pangkalan Muara untuk dua puluh satu orang Pegawai Penghubung Perhubungan Awam (PRL) yang terdiri daripada kakitangan awam dan anggota tentera Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Bengkel yang dikendalikan oleh Unit Perhubungan Awam (UPA) itu bermula pada 25 hingga 27 September 2018.
Majlis penutup bengkel telah diadakan pada petang ini dengan peryerahan sijil tamat kursus yang disempurnakan oleh tetamu kehormat, Haji Mohd Zakaria bin Haji Sarudin, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan.
Tujuan bengkel ini adalah untuk mewujudkan kesedaran mengenai amalan dan proses organisasi yang sedia ada yang berkaitan dengan pengurusan media dalam bidang pertahanan, penjenamaan, dan jenis-jenis penulisan, serta membincangkan dan berkongsi buah pikiran bagi menangani cabaran-cabaran baru dalam pengurusan media.
Para peserta juga mendengarkan sebuah taklimat yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD), Jabatan Perdana Menteri mengenai “Garispanduan Pendekatan Awam”.
Peserta juga mengadakan lawatan pendidikan ke Radio Televisyen Brunei (RTB); Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Pusat Pengurusan Bencana Nasional (NDMC) untuk mengetahui garis panduan pengendalian media mereka.