BOLKIAH GARISON, Jumaat 22 Nov 2013 – Majlis Penutup Bagi Program Moral dan Etika Askar Wanita Siri 1/2013 Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah diadakan di Pusat Kaunseling ABDB pada pagi ini.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Mejar Hajah Asnah bin Haji Matamit, Pegawai Turus Kewangan, ABDB. Beliau telah berkesudian memberikan ucapan dan menyampaikan sijil penyertaan kepada para anggota kursus. Doa Selamat dibacakan oleh 1002 Lt Fahzilleana Emey bte Ahmad Alisa Eswan.
Beliau menyeru agar memartabatkan maruah askar wanita di dalam ABDB dengan menunjukkan contoh dan tauladan serta akhlak yang baik supaya tidak dipandang remeh seperti yang dianggap oleh segelintir orang dengan pandangan yang negatif. Keperluan kepada sifat lebih terbuka dan professional di kalangan rakan tentera, juga penyesuaian diri kepada orang sekeliling masyarakat dan keluarga.
Beliau juga menyatakan bahawa haruslah memandang ke hadapan dan menunjukkan kemampuan askar wanita dengan menjaga maruah, akhlak dan etika kerja sesuai dengan musabab wanita diciptakan oleh Allah Ta’ala supaya dihormati dan digalati.
Program Moral dan Etika ini dijalankan selama lima hari anjuran Jabatan Agama ABDB khusus kepada Askar Wanita ABDB untuk membantu ABDB dalam memberikan pendidikan sosial berteraskan Islam dengan membentuk akhlak dan etika yang positif sebagai wanita muslimah.
