BOLKIAH GARISSON, Thursday 13 April 2023 – The Ministry of Defence held a donation presentation ceremony to orphans and charitable aid recipients donated by officers and staff of the Ministry of Defence at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison.
Present at the event to distribute the donation was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II.
The event were also attended by Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Acting Permanent Secretary at the Ministry of Defence, Joint Force Commander RBAF, Deputy Permanent Secretaries, civilian and military Directors, officers and personnel of the Ministry of Defence.
The event began with a mass Fardhu Zohor prayer led by Imam Khairol Azmi bin Haji Salleh, Imam of Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison. This was followed by a recitation of Surah Yaasin, Tahlil and Doa led by Ustaz Mohd Noramin bin Awang Haji Jali, a Religious Teacher at the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate (JAMA’AT).
Similar events were also held concurrently at Civilian Administration Office branches in other districts in Tutong, Lumut and Bangar Camps.
The donations and aid is part of the Ministry of Defence’s charity initiative to help ease the financial burden of the orphans and charitable aid recipients in preparation for the upcoming Hari Raya Aidil Fitri celebration.

MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM PEGAWAI DAN KAKITANGAN AWAM DAN BANTUAN EHSAN KEPADA KAKITANGAN AWAM KEMENTERIAN PERTAHANAN
BOLKIAH GARISON, Khamis 13 April 2023 - Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Penyampaian Derma kepada Anak-Anak Yatim dan kepada yang memerlukan Bantuan Ehsan sumbangan daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan bertempat di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.
Hadir di majlis tersebut bagi menyampaikan sumbangan ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.
Majlis dihadiri sama oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-Pengarah Awam dan Tentera, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Zohor berjemaah yang diimamkan oleh Imam Khairol Azmi bin Haji Salleh, Imam Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison. Majlis seterusnya diikuti dengan bacaan Surah Yaasin, Tahlil dan Doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Noramin bin Awang Haji Jali, Guru Ugama di Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT).
Majlis serupa juga diadakan secara serentak di cawangan-cawangan Pejabat Pentadbiran Awam (PPA) di daerah lain iaitu di Perkhemahan-Perkhemahan Tutong, Lumut dan Bangar.
Sumbangan derma dan bantuan ehsan tersebut adalah sebagai amal jariah daripada warga Kementerian Pertahanan dalam membantu meringankan beban perbelanjaan anak-anak yatim dan yang memerlukan bantuan ehsan dalam persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang.