BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 26 November 2019 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and the Royal Brunei Police Force (RBPF) held a POLMIL 2019 Meeting today at the Officers’ Mess, Bolkiah Garrison.
The meeting was co-chaired by Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Joint Force Commander RBAF and Yang Amat Mulia Senior Superintendent of Police Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, Acting Director of Operations RBPF.
The POLMIL meeting discussed several matters including operations, intelligence, logistic support and training between the RBAF and RBPF, and also served as a platform for both sides to enhance cooperation and strengthen the relationship between RBAF and RBPF.

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KESELAMATAN STAF DI ANTARA ABDB DAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI TAHUN 2019
BOLKIAH GARISON, Selasa, 26 November 2019 – Mesyuarat POLMIL bagi tahun 2019 di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah diadakan di Mes Pegawai Bolkiah Garison.
Mesyuarat telah dipengerusikan bersama oleh Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Markas Angkatan Bersama ABDB dan Yang Amat Mulia Penguasa Kanan Polis Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, Pemangku Pengarah Jabatan Gerakan PPDB.
Mesyuarat POLMIL telah membincangkan operasi, perisikan, bantuan lojistik, dan latihan di antara ABDB dan PPDB. Di samping itu, ianya juga adalah landasan kepada kedua-dua pihak untuk meningkatkan lagi kerjasama dan mengeratkan hubungan baik yang sedia terjalin di antara ABDB dan PPDB.