BERAKAS GARRISON, Saturday, 4 May 2019 – The Piala Seri Dewa Golf Championship 2019 was held at RBAF Golf Club, Berakas Garrison from Friday afternoon to Saturday morning. The championship was open to participation from RBAF Golf Club members and special guests consisted of former Deputy Ministers of Defence and former RBAF Commanders.
The overall champion of the competition was Staff Sergeant Amrit Kumar from the Gurkha Reserve Unit. Categories of the competition include Overall and Division Gross and Nett competition. This year’s event was the 18th Piala Seri Dewa Golf Championship since the first Championship that was held in 2002.
A total of 94 participants joined the Piala Seri Dewa Golf Championship. Awards received by the winners were presented by Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Major General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Haji Daud.
The event was graced with the participation by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence; Yang Berhormat Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Minister of Culture, Youth and Sports; and Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the RBAF.



PERLAWANAN GOLF PIALA SERI DEWA 2019
BERKAS GARISON, Sabtu, 4 Mei 2019 – Perlawanan Golf Piala Seri Dewa 2019 telah diadakan di Kelab Golf ABDB, Berakas Garison bermula pada petang Jumaat dan pagi Sabtu. Perlawanan ini dibukakan kepada ahli-ahli Kelab Golf ABDB dan jemputan-jemputan khas yang terdiri daripada mantan-mantan Timbalan Menteri Pertahanan dan Pemerintah-Pemerintah ABDB.
Staf Sarjan Amrit Kumar dari Pasukan Simpanan Gurkha muncul sebagai pemenang keseluruhan. Kategori-kategori yang dipertandingkan adalah kategori
Overall dan
Division Gross dan
Nett. Tahun ini merupakan tahun ke-18 kejohanan Seri Dewa dianjurkan sejak pertama kali dipertandingkan pada tahun 2002.
Sebanyak 94 pemain telah mengikuti perlawanan golf tersebut. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Haji Daud.
Antara yang mengambil bahagian ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; Yang Berhormat Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan; dan Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB.