TUTONG, Rabu 20 Februari 2013 – Pertandingan Pencak Silat Peringkat Kebangsaan Di Daerah-Daerah 2013 telah diadakan di Kompleks Sukan Daerah Tutong yang bermula pada 15 - 20 Februari 2013. Pesilat-pesilat MS ABDB telah berjaya meraih beberapa pingat dalam acara masing-masing.
LKpl Juffri bin Haji Junaidi, LKpl Abd Malik bin Haji Ladi dan Lkpl Adb Rahman bin Haji Asli berjaya pingat emas dalam acara Seni Beladiri Jurus Wajib Regu Lelaki-Lelaki.
Manakala Sld (U) Saiful Hilmi bin Ali Yakub telah memenangi pingat gangsa bagi acara Seni Beladiri Jurus Tunggal Lelaki. Pesilat wanita MS ABDB, Sld Norleyharyanti binti Haji Raya yang telah berjaya memenangi pingat emas bagi acara Seni Beladiri Jurus Tunggal Wanita.
Latihan yang terhad tidak menjadi halangan bagi pesilat-pesilat MS ABDB yang telah dapat menunjukan kemahiran yang cukup mantap dalam pertandingan tersebut. Pasukan Pesilat MS ABDB berhasrat untuk mempertingkatkan lagi prestasi persilatan mereka supaya sentiasa beraksi dengan terbaik di dalam pertandingan di pada masa akan datang.

(Dari kanan ke kiri – 16497 LKpl Abd Malik bin Hj Ladi, 15313 LKpl Juffri bin Hj Junaidi,
21482 Sld Norleyharyanti binti Hj Raya,16963 Lkpl Adb Rahman bin Hj Asli dan
18765 Sld (U) Saiful Hilmi bin Ali Yakub.)