TUTONG, Ahad 24 Mac 2013 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Perlawanan Uji Masa Berbasikal TDDB 2013 (RBLF Team Time Trial 2013) di Perkhemahan Tutong. Tujuan perlawanan ini diadakan adalah bagi aktiviti-aktiviti sampingan bagi TDDB dan selain itu bagi mengukuhkan hubungan silaturahim diantara unit-unit didalam TDDB.
Perlawanan Uji Masa Berbasikal ini merangkumi sejuah 54Km yang diadakan di kawasan Lebuhraya Tutong-Muara kemudian berpatah balik dari ‘U turn’ Jerudong Park Flyover ke Perkhemahan Tutong dengan menggunakan lebuhraya yang sama.
Perlawanan Uji Masa Berbasikal TDDB 2013 (RBLF Team Time Trial 2013) terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Berpasukan Bagi Anggota-Anggota Gabungan Unit-Unit TDDB dan Kategori Berpasukan Bagi Jemputan Unit-Unit ABDB dan Pasukan-Pasukan Yang Mewakili Daerah-Daerah. Seramai 22 pasukan mengikuti Perlawanan Uji Masa Berbasikal TDDB 2013 ini termasuk 8 pasukan daripada jemputan unit-unit ABDB dan juga pasukan-pasukan yang mewakili daerah-daerah.
Pemenang dari Kategori Gabungan Unit-Unit TDDB ialah:-
Johan – Luba Racing Team (Masa: 1 jam 23 min, Kelajuan Purata: 40.05Km/h)
Naib Johan – Team Kura-Kura (Masa: 1 jam 30 min, Kelajuan Purata: 37.04Km/h)
Ketiga – Team BKB ‘B’ (Masa: 1 jam 38 min, Kelajuan Purata: 34.15Km/h)
Keempat – Kumpulan Basikal Kampung (Masa: 1 jam 40 min, Kelajuan Purata: 33.36Km/h)
Kelima – Team Helang (Masa: 1 jam 40 min, Kelajuan Purata: 33.30Km/h)
Manakala Kategori Berpasukan Jemputan ialah:-
Johan – Mix BT Team (Masa: 1 jam 13 min, Kelajuan Purata: 45.94Km/h)
Naib Johan – G530 (Masa: 1 jam 17 min, Kelajuan Purata: 43.39Km/h)
Ketiga – Super Fit Riders (Masa: 1 jam 17 min, Kelajuan Purata: 43.38Km/h)
Acara ini telah mendapat sambutan yang positif daripada seluruh anggota-anggota gabungan unit-unit TDDB dan juga pasukan-pasukan jemputan. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Brigadier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Yussof bin Haji Abd Rahman, Pemerintah TDDB. Tetamu kehormat pada majlis tersebut juga berkesempatan untuk turut serta bagi Perlawanan Uji Masa Berbasikal TDDB 2013 bagi Kategori Berpasukan Bagi Anggota-Anggota Gabungan Unit-Unit TDDB.
Turut hadir ialah Timbalan Pemerintah TDDB, Pegawai Pemerintah Unit-Unit TDDB, Pegawai-Pegawai dan seluruh warga TDDB.

