BOLKIAH GARISON, Isnin 14 Mei 2012 – Perlawanan Badminton Persahabatan bagi pegawai-pegawai Pejabat Ugama, Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia dengan Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah diadakan di Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garison.

Hadir mengetuai pasukan dari Jabatan Hal Ehwal Masjid ialah Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid, Ustaz Haji Amir Hisham bin Haji Masri sementara Pasukan Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia diketuai oleh Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia, Awang Noraidil bin Haji Abu Bakar.

Sebelum acara dimulakan bacaan surah Al-Fatihah telah dibacakan oleh Imam Suhaib bin Haji Abdullah dan selepas itu diteruskan dengan ucapan alu-aluan menyambut kedatangan pasukan dari Jabatan Hal Ehwal Masjid oleh Ustaz Ruslan bin Haji Sulaiman, Pegawai Ugama Kanan Pejabat Bahagian Ugama dan diselajurkan dengan pertukaran cenderahati.