
BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 24 August 2018 – Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (Perbadanan TAIB) and its subsidiaries, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd and Darussalam Holdings Sdn Bhd, held a Korban ceremony in conjunction with Hari Raya Aidiladha 1439 Hijrah.
The ceremony was held at the Pengiran Anak Haji Mohamed Alam Mosque in Kampung Sengkarai, Tutong District. This event was also part of Perbadanan TAIB’s religious annual activities.
The Guest of Honour, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, the Minister of Defence II in his capacity as the Chairman of Perbadanan TAIB’s Board of Directors was welcomed by Yang Mulia Dayang Hajah Noorrafidah binti Sulaiman, Acting Managing Director of Perbadanan TAIB and Yang Mulia Awang Haji Osman bin Haji Mohd Jair, Managing Director of Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd.
The main ceremony was the distribution of the sacrificial meat to 85 invited Asnaf guests living in the vicinity of Kampung Sengkarai area and entitled recipients, which was handed over by the Guest of Honour, whom also presented “Sumbangsih Dana Amal Maslahah Umum Perbadanan TAIB” in the form of a portable Public Address System (PA System) and a High Pressure Washer to the mosque.
Also present were Members of Legislative Council, Yang Berhormat Tuan Haji Ramli bin Haji Lahit and Yang Berhormat Tuan Haji Abd Wahab bin Apong; members of the Board of Directors of Perbadanan TAIB and its subsidiaries; members of the Syariah Advisory Committee; senior government officials, Penghulu and Village Head of Kampung Sengkarai.
During the ceremony, the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat were led by Yang Mulia Haji Mohammad Khairul Azmy bin Haji Bakar, Mosque Affairs Officer at the Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Kg Sengkarai Tutong to bless the occasion.
This year, four livestock, donated by members of Board of Directors, staff and families, and another four livestock, contributed by Perbadanan TAIB and its subsidiaries’ staff, were slaughtered in the Korban rituals.


PERBADANAN TAIB DAN ANAK-ANAK SYARIKATNYA MENGADAKAN MAJLIS KORBAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 24 Ogos 2018 –
Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (Perbadanan TAIB) dan anak-anak syarikatnya, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd dan Darussalam Holdings Sdn Bhd mengadakan Majlis Korban sempena Hari Raya Aidiladha 1439 Hijrah.
Majlis tersebut diadakan di Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam di Kampung Sengkarai, Daerah Tutong. Ini juga merupakan sebahagian daripada aktiviti keugamaan tahunan Perbadanan TAIB.
Tetamu Kehormat majlis, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan II, sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB disambut oleh Yang Mulia Dayang Hajah Noorrafidah binti Sulaiman, Pemangku Pengarah Urusan Perbadanan TAIB dan Yang Mulia Awang Haji Osman bin Haji Mohd Jair, Pengarah Urusan Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd.
Acara utama adalah pengedaran daging korban kepada seramai
85 orang tetamu Asnaf yang dijemput di sekitar kawasan Kampung Sengkarai dan golongan yang berhak menerima bantuan yang telah diserahkan oleh Tetamu Kehormat, yang mana juga turut menyampaikan “Sumbangsih Dana Amal Maslahah Umum Perbadanan TAIB” di dalam bentuk
Public Address System mudah alih (portable PA System) dan
High Pressure Washer ke masjid tersebut.
Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Tuan Haji Ramli bin Haji Lahit dan Yang Berhormat Tuan Haji Abd Wahab bin Apong; ahli-ahli Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya; ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah; pegawai-pegawai kanan kerajaan, Penghulu dan Ketua Kampung Sengkarai.
Semasa majlis tersebut, bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat diketuai oleh Yang Mulia Haji Mohammad Khairul Azmy bin Haji Bakar, Pegawai Hal Ehwal Masjid di Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Kg Sengkarai Tutong.
Pada tahun ini, empat ekor ternakan yang disumbangkan oleh ahli Lembaga Pengarah, kakitangan dan keluarga, dan empat ekor ternakan yang disumbangkan oleh Perbadanan TAIB dan kakitangan anak-anak syarikatnya, telah disembelih di dalam majlis Korban.