MUARA, Juma’at 1 Nov 2013 – Majlis Penutup Kursus ‘Joint Operation Planning’ bagi Pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berlangsung di Multi National Coordination Centre, Muara. Seramai 26 orang Pegawai-pegawai daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengikuti kursus berkenaan.
Kursus berkenaan telah disampaikan oleh Tim Pengajar dari Joint Warfare Directorate, Joint Force Command, United Kingdom bermula pada 28 Oktober 2013 hingga 1 November 2013.
Kursus ini bertujuan bagi memperkenalkan serta melatih Pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dalam proses teknik perancangan bersama di peringkat operasi masa kini.
Turut hadir pada majlis berkenaan, Timbalan-timbalan Pemerintah dan Pegawai-pegawai Kanan Angkatan Tentera. Bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai telah diketuai oleh Pegawai daripada Jabatan Agama ABDB sebelum keynote address dan penyampaian Sijil disempurnakan oleh Yang Mulia Brigadier Jeneral Dickie Haldenby, Deputy Director Joint Warfare, Joint Forces Command, United Kingdom selaku Ketua Tim Pengajar.
Di akhir majlis penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh Kolonel (U) Haji Hamsani bin Haji Abdul Hamid, Timbalan Pemerintah Angkatan Bersama, ABDB kepada Ketua Tim Pengajar dan Tim Pengajar.
