KUALA LUMPUR, MALAYSIA Selasa 1 Okt 2013 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia, As-Sultan Almu’tasim Billah Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, telah berkenan mengurniakan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia “Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT)” (Kehormat) kepada Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Halim bin Haji Mohd Hanifah, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei pada 1 Oktober 2013. 

Upacara berlangsung di Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia bagi Tahun 2013 di Istana Negara Kuala Lumpur. Pengurniaan ini adalah pengiktirafan di atas hubungan serta kerjasama yang erat dalam bidang pertahanan di antara dua buah negara dan kedua buah angkatan bersenjata khususnya peningkatan kerjasama antara Tentera Laut Diraja Brunei dan Tentera Laut Diraja Malaysia.