HONOLULU HAWAII, Selasa 19 Mei 2015 -  Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Brigedier Jeneral Pg Dato Paduka Aminan bin Pg Haji Mahmud telah menghadiri LANPAC Symposium and Exposition di Hawaii, Amerika Syarikat dari 19 hingga 21 Mei 2015 di Hotel Sheraton Waikiki Honolulu, Hawaii.


Acara ini membincangkan tentang peranan Tentera Darat di  kawasan Indo-Asia-Pacific dan menerangkan sumbangannya semasa aman dan perang yang dihadiri lebih daripada 20 buah perwakilan Negara.

Dikesempatan ini juga, Pemerintah TDDB membuat perjumpaan dua hala bersama Jeneral Vincent Brooks, Commander General of US Army Pacific (USARPAC) dan Leftenan Jeneral John A. Toolan, Commander US Marine Corps Forces Pacific  bagi membincangkan isu-isu berkaitan dengan ketenteraan diantara dua pihak.