PENANJONG GARISON, Isnin 9 Dis 2013 – Pembukaan Program Syababul Watan (Tunas Bangsa) bagi tahun 1435H/2013M telah dirasmikan oleh tetamu kehormat majlis, Lt Kol (L) Hussein bin Dato Paduka Haji Mohamad, Pegarah Logistik.
Acara telah dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh 19036 Sld Ak Md.Nur’Aqib, dari Jabatan Agama ABDB.
Salam Ukhwah daripada pengerusi majlis, Kpt Arifin bin Amit, Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT) . Turut hadir bagi majlis tersebut Timbalan Komandan Institut Latihan ABDB, Adjutan Garison IL ABDB, Pegawai Kaunseling dan para ibubapa peserta-peserta program.
Program Syababul Watan ini berlangsung selama 5 hari,bermula pada 9 hb Disember hingga 13 hb Disember 2013. Seramai 80 orang anak-anak anggota ABDB dan Kementerian Pertahanan telah mengikuti program ini. Pelbagai aktiviti yang disediakan bagi anak-anak yang mengikuti program ini.
Penyampaian Cenderahati dan Pas badan keapda peserta program telah disampaikan oleh Tetamu kehormat. Majlis diserikan lagi dengan bacaan doa selamat telah dibacakan oleh 16982 Kpl Harun Al-Rasyid bin Haji Hussin.