BOLKIAH GARISON, Rabu 6 Nov 2013 - Majlis Pembukaan Kursus Imam Bilal Siri 1/2013 Anjuran Jabatan Agama ABDB (JAMAAT) telah berlangsung di Dewan Kuliah Pusat Optima Kecergasan Tentera ABDB Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.
Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis, Lt Kol Pg Haji Hafiz Bin Pg Haji Kamaludin, Pegawai Tugas-tugas Khas Pejabat Urusetia Pemerintah ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran secara hafalan oleh LKpl Sheikh Shahrol Azhar Bin Awang Ahmad. Kemudian ucapan daripada Tetamu Kehormat majlis dan merasmikan Pembukaan Kursus tersebut.
Antara ucapan beliau, beliau menyarankan dan menasihati para peserta kursus supaya mengambil sebaik mungkin segala pelajaran dan ilmu yang diberikan kepada mereka oleh para jurulatih kursus. Dalam masa yang sama, menghayati aspek syukur yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada hamba-hambaNya.
Pegawai Pengendali Kursus Imam Bilal Siri 1/2013 ini adalah Kpt Haji Suhaimi Bin Mohamed Saman. Jumlah Peserta Kursus seramai 16 orang anggota. Jurulatih bagi Kursus ini terdiri daripada anggota Jabatan Agama ABDB dan Pejabat Ugama Kementerian Pertahanan.
Bagi memberkati majlis,bacaan doa selamat telah dibacakan oleh Sjn Norhasrin Bin Asli.

