BOLKIAH GARISON, Isnin 8 Jun 2015 – Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit telah menerima kunjungan hormat daripada Wakil Kepala Badan Inteligen Strategis, Tentera Nasional Indonesia (WAKABAIS TNI), Yang Terhormat Marsekal Pertama TNI Supomo dan delegasi.


Yang Terhormat Marsekal Pertama TNI Supomo dan delegasi berada di Negara Brunei Darussalam selama tiga hari bermula pada 7 Jun hingga 9 Jun 2015, sempena Mesyuarat Pertukaran Perisikan Dua Hala (INTELEX) yang dihoskan oleh Jabatanarah Perisikan, Kementerian Pertahanan.


Kunjungan tersebut merupakan salah satu usaha ke arah meningkatkan lagi persefahaman dalam hubungan ketenteraan serta kerjasama yang erat di antara kedua buah Angkatan Tentera melalui pelbagai platform termasuk latihan ketenteraan bersama, pertukaran perisikan, penghantaran kursus dan latihan serta pertukaran anggota.