PENANJONG GARRISON, Friday 18 March 2016 – One hundred and sixty four (164) male recruits of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 155th Male Intake concluded their 27-week basic military training with a Passing Out Parade. The parade took place at the Training Institute RBAF (TI RBAF), Penanjong Garrison this morning.
The Guest of Honour accorded with the General Salute for the Passing Out Parade ceremony was Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Permanent Secretary (Management and International) at the Ministry of Finance,
In the speech delivered by Awang Haji Nazmi, he believes that the RBAF basic military training would mould the new recruits into responsible, trustworthy and passionate individuals. He also reiterated an excerpt from the Titah of His Majesty Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, which states that prosperity will have no meaning without peace and stability.
The Guest of Honour also presented awards to the instructors and male recruits who have illustrated outstanding performance throughout the training.
Recipients of awards included 51471 Recruit Mohd Harisuddin bin Zaini for Best Overall Male Recruit, 51421 Recruit Mohd Noor Yazid bin Haji Mat Yunus for Best Academic Performance; 51469 Recruit Afi Amiruddin bin Jabih for Best Physical Training and 51454 Recruit Muhd Rifqi bin Dullah for Best Male Recruit for Rifle M16.
While 17926 Corporal Mohd Nasir bin Siahat was named Best Male Instructor and 16526 Corporal Mohd Yasreen bin Haji Othman was named Best Male Platoon Sergeant.
Also present at the ceremony were RBAF Commander, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah as well as Service Commanders and Commandants, Directors, Senior Officers and family members of the male recruits who have concluded the training.





UPACARA TAMAT LATIHAN REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE 155
PENANJONG GARISON, Jumaat 18 Mac 2016 – Seramai 164 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) rekrut lelaki Pengambilan ke 155 telah menamatkan latihan asas ketenteraan selama 27 minggu dengan Upacara Perbarisan Tamat Latihan. Majlis tersebut telah berlangsung di Padang Kawad Institut Latihan ABDB (IL ABDB), Penanjong Garison pada pagi ini.
Tetamu Kehormat yang menerima Tabik Hormat pada Upacara Perbarisan Tamat Latihan ialah Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Setiausaha Tetap (Pengurusan dan Antarabangsa) di Kementerian Kewangan.
Dalam ucapannya, beliau percaya latihan yang dijalani akan membentuk rekrut tersebut untuk menjadi individu yang bertanggungjawab, amanah dan bersemangat tinggi. Beliau juga menyebut mengenai petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang menyatakan bahawa kemakmuran negara tidak membawa makna tanpa keamanan dan kestabilan negara.
Tetamu Kehormat juga telah menyampaikan hadiah kepada jurulatih dan rekrut lelaki yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang latihan dijalankan.
Penerima-penerima hadiah termasuk 51471 Rekrut Mohd Harisuddin bin Zaini bagi Rekrut Lelaki Terbaik Keseluruhan, 51421 Rekrut Mohd Noor Yazid bin Haji Mat Yunus bagi Akademik Terbaik; 51469 Rekrut Afi Amiruddin bin Jabih bagi Latihan Jasmani Terbaik dan 51454 Rekrut Muhd Rifqi bin Dullah bagi Penembak Repal M16 A2 Terbaik.
Sementara Jurulatih Lelaki Terbaik ialah 17926 Korporal Mohd Nasir bin Siahat dan Platun Sarjan Lelaki Terbaik ialah 16526 Korporal Mohd Yasreen bin Haji Othman.
Turut hadir ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera dan Komandan, Pengarah-pengarah, Pegawai- Pegawai Kanan dan ahli-ahli keluarga anggota rekrut lelaki yang menamatkan latihan.