BOLKIAH GARRISON, Tuesday 15 Oct 2013 – A Doa Selamat and a blessing ceremony were jointly held for Royal Brunei Armed Forces(RBAF) personnel joining peacekeeping mission in the Malaysian Battalion 850-1(MALBATT 850-1) under United Nations Interim Force in Lebanon(UNIFIL) and the return of 9th International Monitoring Team(IMT) from Mindanao, Republic of the Philippines.
The ceremony was held at the Ministry of Defence Surau, Bolkiah Garrison this afternoon.
Members of the outgoing UNIFIL peacekeeping contingent of 16 personnel consisting of two officers and 14 other ranks will be led by Major Rudie Asmawai bin Haji Abidin.
While the contingent of the 9th IMT, led by Lt Col(L) Spry bin Haji Serudi consisted of seven RBAF personnel and a member of the Royal Brunei Police Force( RBPF) whom have returned home on 17 September 2013.
The event started with the recitation of verses from the Quran, followed by the mass Asr prayer, reading of Surah Yassin and a doa’. The ceremony then continues with the Dikir of Marhaban and scattering of ‘bunga rampai’ to celebrated personnel and ended with a ‘Doa Selamat’.
Present at the ceremony were the Deputy Minister of Defence, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat and RBAF Commander, Major General Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin. Also present were RBPF Senior Assistant Commissioner, Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam, members of the Defence Executive Committee, military and civilian Directors as well as senior officials and members of the Ministry of Defence and RBAF.





KONTINJEN PEMERGIAN UNIFIL DAN KEPULANGAN KUMPULAN IMT KE-9 DIBERKATI BERSAMA
BOLKIAH GARISON, Selasa 15 Okt 2013 – Majlis doa
selamat dan doa kesyukuran telah diadakan bagi pemergian anggota-anggota
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang akan mengikuti penugasan
di dalam Malaysian Battalion 850-1 (MALBATT 850-1) bagi misi United
Nation Interim Force in Lebanon (UNIFIL) dan kepulangan Pasukan Pemantau
Antarabangsa Negara Brunei Darussalam Ke-9 (PPA_M9) dari ke Mindanao,
Republik Filipina. Majlis berlangsung di Surau Kementerian Pertahanan,
Bolkiah Garison petang ini.
Kontinjen
anggota – anggota pengaman di bawah UNIFIL seramai 16 anggota tentera
terdiri dari dua pegawai dan 14 anggota lain-lain peringkat akan
diketuai oleh 581 Mejar Rudie Asmawai bin Haji Abidin.
Manakala
kontinjen Pasukan Pemantau Antarabangsa NBD ke 9 yang di ketuai oleh
359 Lt Col (L) Spry bin Haji Serudi terdiri daripada tujuh anggota ABDB
dan seorang anggota Polis Diraja Brunei (PDB) telah selamat kembali ke
tanahair pada 17 september 2013.
Acara majlis dimulakan dengan
bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim, diikuti dengan solat Fardhu Asar
Berjemaah, bacaan Surah Yaasin dan doa. Majlis diteruskan lagi dengan
laungan Zikir Marhaban serta acara menabur bunga rampai kepada
anggota-anggota yang diraikan dan diakhiri dengan Doa Selamat.
Hadir
di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji
Mustappa bin Haji Sirat dan Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka
Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri
Paduka Haji Abidin. Turut hadir Penolong Pesuruhjaya Kanan Polis Diraja
Brunei, Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam, Ahli-Ahli
Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, pengarah-pengarah awam dan tentera
serta pegawai-pegawai kanan dan anggota-anggota dari Kementerian
Pertahanan dan ABDB.