BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 15 November 2017 – Colonel Lee Yong Heng, the outgoing Defence Adviser of the Republic of Singapore to Brunei Darussalam paid a farewell call to the Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, this afternoon. Both Deputy Permanent Secretaries were present at the call. Accompanying Colonel Lee to the call is Colonel Yeo Joon Hua Desmond, the incoming Defence Adviser of the Republic of Singapore to Brunei Darussalam.

During the call, the Permanent Secretary of the Ministry of Defence expressed pleasure that Brunei Darussalam and the Republic of Singapore share a robust and active defence relationship with one another.

Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman took the opportunity to express his gratitude to Colonel Lee for his years of service in Brunei Darussalam and the professional support he had extended to the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF). He wished Colonel Lee well in all his future endeavours. He reaffirmed that the Ministry of Defence and RBAF will work together with Colonel Yeo to build upon the good relations between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore.

Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of the RBAF will also bid farewell to Colonel Lee during a working breakfast on 17 November 2017.





KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA PENASIHAT PERTAHANAN SINGAPURA

BOLKIAH GARISON, Rabu, 15 November 2017 – Kolonel Lee Yong Heng, Penasihat Pertahanan Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, pada petang ini mengadakan kunjungan perpisahan kepada Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Kepten (B) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB. Kedua-dua Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan juga hadir dalam kunjungan itu. Turut hadir ialah Kolonel Yeo Joon Hua Desmond, Penasihat Pertahanan Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam yang baru.

Semasa kunjungan tersebut, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan menyatakan kegembiraan di atas hubungan pertahanan yang mendalam dan aktif di antara Brunei Darussalam dan Republik Singapura. Kepten (B) Dato Paduka Abd Rahman mengambil peluang untuk menyatakan penghargaan terima kasih atas kerja-kerja baik selama perkhidmatan beliau di Negara Brunei Darussalam dan sokongan profesional yang telah dipanjangkan oleh Kolonel Lee kepada Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan juga mengharapkan agar Kolonel Lee akan terus berjaya di dalam semua tugasan beliau pada masa yang akan datang, serta mengesahkan bahawa Kementerian Pertahanan dan ABDB akan terus bekerjasama dengan Kolonel Yeo untuk mengukuhkan lagi hubungan baik di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.

Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB akan mengucapkan selamat tinggal kepada Kolonel Lee semasa sarapan pagi pada 17 November 2017.