BOLKIAH GARRISON, Monday, 2 April 2018 – Colonel Sorrawat Pattamakom, the outgoing Defence Attaché of Thailand to Brunei Darussalam and Colonel Nopadej Pansri, the incoming Defence Attaché called on Permanent Secretary, Ministry of Defence, Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, at the Ministry of Defence this morning.

During their meeting, Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman and Colonel Sorrawat Pattamakom reaffirmed the close and long-standing bilateral defence relationship between Brunei Darussalam dan Thailand. The Permanent Secretary also extended his appreciation to the outgoing Defence Attaché for his contributions to the Brunei Darussalam – Thailand defence relations, which spans across a wide range of interactions such as exercises, visits, courses and other professional exchanges.

He also welcomed the incoming Defence Attaché and looked forward to continuing the momentum of a close working relationship with Colonel Nopadej Pansri in order to further strengthen the defence relations.

The outgoing and incoming defence attachés of Thailand to Brunei Darussalam will also pay courtesy calls to the Commander of Royal Brunei Armed Forces, Service Commanders, Commandants, and various Directors from 2 April 2018 to 6 April 2018.






ATASE-ATASE PERTAHANAN THAILAND KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MEMBUAT KUNJUNGAN HORMAT KE KEMENTERIAN PERTAHANAN


BOLKIAH GARISON, Isnin, 2 April 2018 – Kolonel Sorrawat Pattamakom, Atase Pertahanan Thailand ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatannya dan Kolonel Nopadej Pansri, Atase Pertahanan Thailand ke Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik telah membuat kunjungan hormat kepada Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Kepten (Bersara) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, di Kementerian Pertahanan pada hari ini.

Semasa kunjungan hormat tersebut, Kepten (Bersara) Dato Paduka Abd Rahman dan Kolonel Sorrawat Pattamakom merakamkan rasa puas hati atas hubungan pertahanan dua hala yang mesra di antara Negara Brunei Darussalam dan Thailand. Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan juga merakamkan penghargaan kepada Atase Pertahanan Thailand yang lama di atas kerjasama dan sumbangan beliau dalam hubungan pertahanan Negara Brunei Darussalam – Thailand, yang merangkumi pelbagai interaksi seperi eksesais, lawatan, kursus dan pertukaran profesional lain.

Beliau juga mengalu-alukan kedatangan Atase Pertahanan Thailand ke Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik ke Negara Brunei Darussalam dan berharap dapat meneruskan momentum hubungan kerja rapat dengan Kolonel Nopadej Pansri bagi memperkuat hubungan pertahanan dua hala.

Atase-atase pertahanan Thailand ke Negara Brunei Darussalam juga akan membuat kunjungan hormat kepada Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Komandan-Komandan dan Pengarah-Pengarah dari 2 April 2018 hingga 6 April 2018.