BOLKIAH GARRISON, Tuesday 8 September 2015 – The Ministry of Defence, Brunei Darussalam, is conducting its 12th annual Executive Development Programme (EDP) for senior officials at the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies, Ministry of Defence. The programme is a rigorousinter-disciplinary 3-months (full-time) sequence of studies, beginning 7 September 2015 until 4 December 2015.
In collaboration with the Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore, the programme is designed and developed with the focus on public policy and management. The Programme will be delivered by a faculty made up of international academicians with vast expertise and diverse experience. In addition, the Programme will also include site visits to relevant ministries and agencies to provide further exposure for the participants on public policy in practice.
The objective of the EDP is to equip participants with the conceptual framework and cutting-edge tools needed for continual success in service. The participants will explore trends in managerial practice, gain new perspectives on public policy and management, and enhance core leadership skills; in particular, to adopt a multi-disciplinary approach to analyse programmes and policies, and its resulting outcomes and implications.
This year’s EDP participants comprise senior military officers (rank of Lieutenant Colonel) from the Royal Brunei Armed Forces, senior civilian officers (Division I, Director/ Assistant Director) from the government ministries, senior police officers from the Royal Brunei Police Force and also senior military officers (rank of Lieutenant Colonel) from the armed forces of China, Indonesia, Malaysia, Philippines, Singapore and Thailand. This year, the senior civilian officers’ participants are from the Attorney General’s Chambers, Ministry of Foreign Affairs & Trade (MOFAT), Ministry of Education (MOE), Ministry of Religious Affairs (MORA), Ministry of Health (MOH) and Ministry of Development (MOD).
The guest of honour, Awang Abu Sufian bin Haji Ali, the Acting Permanent Secretary, MinDef, made it clear at the opening address, that in fulfilling responsibilities in the public policy domain, it needs proper planning and a comprehensive approach that serves the interests of the organisation and nation in the long term. In defence for example, in order to meet current and future challenges in the strategic environment, a high level of preparedness and readiness is necessary for the defence and security of the country. He added that managing the change process demands a pragmatic, systematic and multi-disciplinary approach; one that takes into consideration of the limited available resources and also improve the process in its effectiveness, efficiency and accountability. An introductory remark on the course was also delivered by Dr Adrian Kuah, Executive Director of Executive Education of Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore.
The ceremony was attended by the Deputy Commander of RBAF First Admiral Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Service Commanders and Commandants, Ambassadors, High Commissioners and Defence Attachés/Advisers from participating countries, Acting Commissioner of Police, Deputy Permanent Secretary MOFAT, Acting Deputy Permanent Secretary (Technology) MinDef, Military Directors, Senior Defence Officials and National University of Singapore representatives.




MAJLIS PEMBUKAAN
PROGRAM PERKEMBANGAN EKSEKUTIF KALI KE 12
BOLKIAH GARISON, Selasa 8 September 2015 – Kementerian Pertahanan pada tahun ini menjalankan Program Perkembangan Eksekutif bagi pegawai-pegawai kanan buat kali ke 12 di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kementerian Pertahanan.
Program ini akan berjalan selama tiga bulan bermula pada 7 September 2015 hingga 4 Disember 2015.
Dengan kerjasama Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore, program ini di reka bentuk dengan menumpukan khas kepada dasar awam dan pengurusan. Ianya akan disampaikan oleh ahli-ahli akademik antarabangsa yang mempunyai kepakaran yang luas dan pelbagai pengalaman dalam bidang pembentukan dan pengurusan dasar awam. Selanjutnya lawatan sambil belajar juga dimasukkan dalam program bagi pendekatan lebih mendalam untuk peserta program nanti.
Objektif program berkenaan adalah untuk melengkapkan para peserta dengan konsep rangka kerja yang canggih dan terkini untuk meneruskan kejayaan di dalam perkhidmatan. Peserta program akan meneliti aliran-aliran dalam amalan pengurusan, menimba perspektif baru mengenai dasar awam dan pengurusan, dan meningkatkan teras kemahiran kepimpinan. Khususnya, untuk menerima pendekatan pelbagai disiplin bagi menganalisa program-program dan dasar-dasar, serta hasil dan implikasi yang akan dicapai.
Program ini akan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan tentera (berpangkat Leftenan Kolonel) dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, pegawai-pegawai kanan Kerajaan dari kementerian-kementerian lain (dalam jawatan Division 1, Pengarah / Timbalan Pengarah), pegawai-pegawai kanan daripada Pasukan Polis Diraja Brunei dan pegawai-pegawai kanan angkatan tentera dari China, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Pada tahun ini, peserta-peserta pegawai awam kanan adalah terdiri daripada peserta-peserta daripada Pejabat Peguam Negara, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan.
Tetamu kehormat majlis, Awang Abu Sufian bin Haji Ali, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan, telah menekankan dalam ucapan pembukaan beliau bahawa di dalam menjalankan tanggungjawab melaksanakan dasar awam, ianya memerlukan perancangan yang sesuai dan menggunakan pendekatan menyeluruh bagi memenuhi keperluan yang berkepentingan bagi sesebuah organisasi dan negara dalam jangka masa panjang. Contohnya dari segi pertahanan, demi untuk menangani cabaran pada masa sekarang dan akan datang di dalam sekitaran strategik, kesediaan dan kesiapsiagaan di tahap yang tinggi dalam pertahanan adalah diperlukan untuk pertahanan dan keselamatan negara. Tambahan beliau, menguruskan proses perubahan menuntut pendekatan yang pragmatik, sistematik dan pelbagai disiplin; yang mengambil kira sumber-sumber yang terhad dan juga meningkatkan proses dalam keberkesanannya, kecekapan dan akauntabiliti. Ucapan pengenalan mengenai program tersebut juga telah disampaikan oleh Dr Adrian Kuah, Pengarah Eksekutif Pengajian Eksekutif di Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore.
Hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Pemerintah ABDB, Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera dan Komandan-Komandan, Duta-Duta Besar, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Atase dan Penasihat Pertahanan negara-negara yang menyertai program tersebut, Pemangku Pesuruhjaya Polis, Timbalan Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi) Kementerian Pertahanan, Pengarah-Pengarah Tentera, Pegawai-pegawai kanan Pertahanan serta wakil- wakil dari National University of Singapore.