BERAKAS GARRISON, Monday, 10 August 2020 – The Koperasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Dengan Tanggungan Berhad (KOWIRA DTB)  has officiated the upgrade of Kedai Runcit Kowira Berakas Garrison Branch to Kowira Minimart Berakas Garrison this morning.

The ceremony was officiated by Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Major General (Retired) Pengiran Haji Ibnu Ba’asith bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong and Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Major General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Haji Daud as full shareholders of KOWIRA DTB along with Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) who is the Chairman of the Board of Directors of KOWIRA DTB.

Also present at the ceremony were RBAF Services Commander and the Board of Directors of KOWIRA DTB.

Apart from the upgrade of the name, the rebranding also includes the layout and colour concept of the Minimart KOWIRA DTB. The rebranding marks a new development in KOWIRA DTB’s efforts to develop a more competitive business with a conducive environment aiming to strengthen KOWIRA DTB’s revenue and make it a destination of choice for customers and consumers.

PERASMIAN MINIMART KOWIRA BERAKAS GARISON (REBRANDING)

BERAKAS GARISON, Isnin, 10 Ogos 2020 – Koperasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Dengan Tanggungan Berhad (KOWIRA DTB) telah merasmikan penaiktarafan Kedai Runcit Kowira Cawangan Berakas Garison kepada  Minimart Kowira Berakas Garison pada pagi ini.  

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (Bersara) Pengiran Haji Ibnu Ba’asith bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong dan Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Haji Daud sebagai pemegang saham penuh KOWIRA DTB serta Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) selaku Pengerusi Lembaga Pengarah KOWIRA DTB.

Turut hadir adalah Pemerintah-Pemerintah Tentera dan Badan Ahli Lembaga Pengarah KOWIRA DTB.

Selain daripada penaiktarafan nama, rebranding termasuk rekabentuk dan konsep warna Minimart KOWIRA DTB. Rebranding ini menandakan satu perkembangan baharu dalam usaha KOWIRA DTB untuk memperkembangkan perniagaan yang lebih berdaya saing dengan persekitaran yang kondusif yang bertujuan untuk mengukuhkan pendapatan KOWIRA DTB serta menjadikannya sebagai satu destinasi pilihan pelanggan dan pengguna.