BERAKAS GARRISON, Wednesday, 4 November 2015 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) celebrated its 54th anniversary with a ceremonial parade held at the Parade Ground of the First Battalion (1Bn) in Berakas Garrison Camp. A total of 2,054 members from various units of RBLF participated in the parade.

The parade itinerary began with the Commander of RBLF, Brigadier General Pg Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pg Haji Mahmud receiving the salute and inspected the guard of honour mounted by RBLF personnel led by the Parade Commander, Major Pg Mohd Shamsul Reza bin Pg Dato Paduka Haji Tengah.

The parade continued with a speech by the RBLF Commander where he highly gave his deepest thanks and unwavering loyal pledge before His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Minister of Defence and Supreme Commander of Royal Brunei Armed Forces.

In line with the evolution of the development plan, RBLF has become a highly skilled organization. By reaching the age of 54 years, RBLF has successfully implemented their plans in line with its strategic plan, and all efforts have been firmly carried and consistently gearing towards its vision and mission, relevant to the aspirations of the Defence White Paper 2011.

The RBLF Commander also stated that the RBLF has seen an increase in the organizational structure which includes the development of RBLF units like the absorption of Signals Squadron and Force Transport, the establishment of E Company, First Battalion in Bangar Camp, Temburong as the nucleus or pioneer of the future 4th Battalion. Meanwhile, RBLF also saw the establishment of the Company D in every Infantry Battalion as the Ceremonial Company, which in due course these companies will be merged into a Ceremonial Battalion especially for carrying out ceremonial duties.

Among other efforts to enhance the capacity of RBLF according to the RBLF Commander is by boosting the team spirit so that every individual will always be proud of their respective units, and directly improve their sense of responsibility in keeping the good name and image of the unit from being tarnished. With this, the RBLF has made changes to its uniform that covers the use of symbols of unit so that they will feel proud of their own unit, together with badges portraying expertise of each individual. On top of that, military vehicles will be fitted with special identifications of each unit as well as the renewal of the RBLF flag and its units, where all these changes will take effect on 4 November 2015.  

The RBLF Commander said that the RBLF headquarters took further steps by issuing 15 Standard Operating Procedures (SOPs) types of documents as basic guidelines for administration, training, operations, maintenance and logistics. The RBLF HQ is also in the process of publishing the book “Shaping the Army towards Vision 2035” that will act as RBLF blueprint for future planning which will come in phases; Phase One – begin in 2015, Phase Two – Year 2025 and Phase Three – 2035. To support this document, two supporting documents will be published ie. The Royal Brunei Land Forces Strategic Plan and Royal Brunei Land Force – Land Operating Concept. These documents will be a major guide book in the development of the army towards 2035.

In addition, the RBLF Commander stressed that the point of discipline is one of the main pillars that must be adhered to by each RBLF individual. Therefore, he urged all members of the RBLF to maintain a high level of discipline and to avoid getting involve in the negative impact of social issues for instance the misuse of social media and drug abuse.

The RBLF Commander also urged leaders to ensure the “RBLF Core Values” book to be treated as guidance because it is very relevant. Discipline, welfare, security and professionalism are the key aspects that need to be used as a guide in carrying out duties.

In his final speech, the RBLF Commander thanked and wished all members of RBLF and retired personnel happy 54th anniversary.

The event continued with presentation of unit badge and emblem of vehicles by the RBLF Commander to respective units, followed by the RBLF pledge led by the Parade Commander.

In closing the parade ceremony, a Doa Selamat was read by Lieutenant Narulismandy bin Haji Samaih, Religious Officer at the Royal Brunei Armed Forces Religious Department followed by a group photo session.

Various activities have also been lined up prior to the RBLF anniversary celebration this morning. Among them were ‘Tahlil’ ceremony at the Royal Mausoleum on Wednesday, 28 October 2015 and Thanksgiving prayers ceremony at Berakas Surau last Tuesday, 3 November 2015.

An exhibition on the 15 SOP documents and 18 RBLF Tactical Doctrine was held in the Officers’ Mess, Berakas Garrison.

Present at the parade ceremony were the Deputy Commander, Chief of Staff, Senior Officers and Officers of RBAF.

PERBARISAN SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE-54 TAHUN

BERAKAS GARISON, Rabu 4 Nobember 2015 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menyambut Hari Ulang Tahunnya yang ke-54 hari ini dengan mengadakan Perbarisan Perutusan Pemerintah TDDB di Padang Kawad Batalion Pertama TDDB di Perkhemahan Berakas Garison.

Seramai 2,054 anggota dari pelbagai unit TDDB mengikuti perbarisan tersebut.

Aturcara perbarisan dimulakan dengan penerimaan tabik hormat oleh Brigedier Jeneral Pg Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pg Haji Mahmud, Pemerintah TDDB, dan seterusnya memeriksa perbarisan yang terdiri daripada anggota-anggota TDDB yang diketuai oleh Mejar Pengiran Mohd Shamsul Reza bin Pengiran Dato Paduka Haji Tengah, selaku Ketua Perbarisan.

Perbarisan diteruskan dengan Ucapan Perutusan oleh Pemerintah TDDB yang mana dalam perutusan tersebut, Pemerintah TDDB menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih dan seterusnya melafazkan ikrar ta’at setia yang tidak berbelah bahagi Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Selaras dengan evolusi rancangan perkembangan, TDDB kini telah menjadi sebuah organisasi yang berketerampilan tinggi. Dengan mencapai usia matang yang ke 54 tahun, TDDB telah berhasil mengimplementasi perancangan yang seiring dengan pelan strategiknya dan segala usaha telah dilaksanakan dengan tegas dan sentiasa menjurus ke arah visi dan misi, dan relevan dengan hasrat Kertas Putih Pertahanan 2011.

Pemerintah TDDB juga menyatakan bahawa TDDB telah menyaksikan peningkatan struktur organisasi yang merangkumi perkembangan unit-unit TDDB seperti penyerapan Skuadron Semboyan dan Kenderaan Pasukan, ketetapan penubuhan E Kompeni, Batalion Pertama TDDB di Perkhemahan Bangar, Temburong sebagai nukleus atau perintis Batalion Ke-4 nanti. Dalam pada itu, TDDB juga menyaksikan penetapan Kompeni D di setiap Batalion Infantri sebagai Kompeni Istiadat yang mana tiba masanya nanti kompeni-kompeni tersebut akan digabungkan menjadi sebuah Batalion Istiadat khusus dalam menjalankan tugas-tugas istiadat.

Antara usaha-usaha lain bagi meningkatkan keupayaan TDDB menurut Pemerintah TDDB lagi ialah dengan meningkatkan semangat berpasukan agar setiap individu sentiasa bangga dengan unit masing-masing, dan secara langsung akan meningkatkan lagi rasa tanggungjawab dalam menyumbangkan usaha untuk menjaga nama dan imej unit agar tidak tercemar. Oleh itu, TDDB telah membuat satu pembaharuan keseragaman pakaian yang merangkumi pemakaian lambang-lambang unit bagi menaikkan rasa kemegahan terhadap unit masing-masing dan lencana-lencana kepakaran setiap individu. Tambahan dari itu juga, kenderaan-kenderaan tentera akan mula dipasang dengan lambang-lambang pengenalan khusus unit masing-masing serta pembaharuan terhadap bendera TDDB dan unit-unitnya yang mana semua pemakaian dan perubahan berkuat kuasa pada 04 November 2015.

Menurut Pemerintah TDDB lagi, Markas TDDB telah mengorak langkah dengan menerbitkan sebanyak 15 jenis dokumen PROTAP (Prosedur Tetap) sebagai panduan serta dasar pentadbiran, latihan, operasi, pemeliharaan dan logistik. Markas TDDB juga sedang dalam usaha menerbitkan buku “Mencorak Tentera Darat ke arah Visi 2035” yang akan bertindak sebagai blueprint TDDB bagi perancangan yang akan datang mengikut fasa Fasa Satu – bermula tahun 2015, Fasa Dua – Tahun 2025 dan Fasa Tiga – 2035. Untuk mendokong dokumen ini, sebanyak dua buah dokumen sokongan akan diterbitkan, iaitu Pelan Strategik Tentera Darat Diraja Brunei dan Konsep Operasi Darat – Tentera Darat Diraja Brunei (Royal Brunei Land Force – Land Operating Concept). Dokumen-dokumen ini akan menjadi buku panduan utama, terhadap perkembangan Tentera Darat ke arah 2035.

Selain daripada itu, Pemerintah TDDB turut menegaskan bahawa sudut disiplin adalah salah satu tunggak utama yang mesti dipatuhi oleh setiap individu TDDB. Justeru itu, beliau menyeru semua warga TDDB agar mengekalkan tahap disiplin yang tinggi dan menjauhi dari penglibatan yang dikenal sebagai virus gejala sosial yang negatif seperti penyalahgunaan media sosial dan penyalahgunaan dadah.

Sehubungan dengan itu juga, Pemerintah TDDB menyarankan agar para pemimpin menjadikan buku “Nilai-Nilai Teras TDDB” sebagai panduan kerana ianya amat releven. Disiplin, Kebajikan, Sekuriti dan Profesionalisme adalah aspek-aspek utama yang perlu dijadikan sebagai panduan dalam menjalankan kewajipan.

Di akhir perutusan, Pemerintah TDDB mengucapkan terima kasih dan selamat menyambut Hari Ulang Tahun TDDB ke-54 kepada seluruh warga TDDB dan juga kepada anggota TDDB yang telah bersara.

Acara seterusnya diteruskan dengan penyampaian lencana unit dan lambang kenderaan yang disampaikan oleh Pemerintah TDDB kepada unit TDDB masing-masing, diikuti dengan ikrar TDDB yang diketuai oleh Ketua Perbarisan.

Bagi mengakhiri perbarisan tersebut, Doa Selamat telah dibacakan oleh Leftenan Narulismandy bin Haji Samaih, Pegawai Agama, Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan seterusnya sesi bergambar ramai.

Pelbagai aktiviti lain juga telah pun dilaksanakan dan disusun sebelum sambutan Hari Ulang Tahun TDDB pada pagi ini diadakan. Antaranya ialah Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja pada hari Rabu, 28 Oktober 2015 dan Majlis Doa Kesyukuran di Surau Berakas pada hari Selasa, 3 November 2015.

Selesai perbarisan, pameran 15 jenis dokumen PROTAP dan 18 jenis Doktrin Taktikal TDDB telah diadakan secara berasingan di Mes Pegawai, Berakas Garison. Turut hadir ialah Timbalan Pemerintah, Ketua Staf, Pegawai-Pegawai Kanan dan Pegawai-Pegawai TDDB.