BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 2 September 2018 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to join the National Youth Day Cycling Recreation this morning held together with the “Bandarku Ceria” Programme in the capital.
Also present were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office and other members of the Royal family.
Kicking off the morning’s event was a pre-dawn Tazkirah titled “A New You – Road to 1440 Hijrah” was delivered by Ustaz Muhammad Fatin Abdul Rahman bin Kifli, Da’ie Bertauliah Brunei Islamic Religious Council during the “Masjidku Makmur, Negara Berkat” programme, held at the Omar ‘ Ali Saifuddien Mosque.
The National Youth Day Cycling Recreation event was organised as a side event to celebrate the 13th National Youth Day celebration held annually on 1 August by the Ministry of Culture, Youth and Sports, in collaboration with other ministries including the Ministry of Defence and Brunei Darussalam Cycling Association. The Ministry of Defence’s participation supports the national aspirations of “Bandarku Ceria” Programme as well as promotes the Ministry of Defence’s Healthy Lifestyle Programme.
Among the participating MINDEF’s cyclists were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II, Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Permanent Secretaries of Ministry of Defence, Service Commanders, Deputy Permanent Secretaries and officers and staff from the Ministry of Defence and RBAF.
Adding to the festivities, the event also featured more than 35 field activities held in the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien such as traditional music and dance performances, agriculture displays, a mock ‘amazing race’, face painting sessions, a Brunei Motocross showcase, a rugby game, silat and parkour performances, a “canoe race on land” as well as exhibits set up by youth alumni, NGOs and higher education institutions.
The RBAF Cadet Team of 200 cadets competed in the canoe race against students from various schools where each team is required to move the canoe forward by using rollers on land.




RIADAH BERBASIKAL HARI BELIA KEBANGSAAN BAGI MENYAMBUT HARI BELIA KEBANGSAAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 2 September 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat bercemar duli menyertai acara Riadah Berbasikal Hari Belia Kebangsaan 2018 semasa Program Bandarku Ceria di ibu negara.
Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan ahli-ahli Kerabat Diraja.
Acara ini dimulakan dengan satu tazkirah yang bertajuk “A New You – Road to 1440 Hijrah” disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fatin Abdul Rahman bin Kifli, Da’ie Bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) semasa program “Masjidku Makmur, Negara Berkat” yang diadakan di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien.
Riadah Berbasikal Hari Belia Kebangsaan merupakan salah satu acara sampingan bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Belia Kebangsaan ke-13 yang telah disambut setiap tahun pada 1 Ogos, yang dianjurkan oleh Kementerian Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan penglibatan semua kementerian yang lain termasuk Kementerian Pertahanan serta Persekutuan Basikal Brunei Darussalam. Penyertaan Kementerian Pertahanan adalah bagi mendokong aspirasi kebangsaan aktiviti Bandarku Ceria dan mendokong Program Gaya Hidup Sihat Kementerian Pertahanan.
Antara peserta kayuhan basikal Kementerian Pertahanan yang terlibat ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan II, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Bagi memeriahkan lagi acara riadah itu, lebih 35 aktiviti yang menarik akan di dalam Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, antaranya, persembahan muzik dan tarian tradisional, pertanian, ‘amazing race’, sesi melukis muka, motocross showcase, permainan ragbi, persembahan silat dan parkour, perlumbaan perahu kayak di darat, serta pameran daripada alumni belia, pertubuhan bukan kerajaan, dan institusi pengajian tinggi.
Seramai 200 kadet dalam Pasukan Kadet ABDB telah bertanding dalam perlumbaan perahu kayak dengan penuntut-penuntut dari pelbagai sekolah, di mana setiap pasukan diperlukan untuk memindahkan roller di bawah kayak agar kayak dapat maju ke hadapan.