BERAKAS, Sunday, 11 Jun 2017 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam this evening consented to grace the National Level Nuzul Al-Quran Celebration 1438H at the International Convention Centre, Berakas.
Also in attendance were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office; His Royal Highness Prince Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien; and His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
His Majesty was greeted on arrival by Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, the Minister of Religious Affairs, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, the Minister of Culture, Youth and Sports, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, State Mufti, First Admiral (Retired) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, the Deputy Minister of Defence and Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, the Deputy Minister of Religious Affairs.
The ceremony was organised by the Ministry of Religious Affairs in collaboration with the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF); Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD); Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB); and Takaful Brunei Darussalam. This year’s celebration was themed ‘Al-Quran Temanku Menceriakan Hidupku’.
As part of the ceremony, 5 categories of Al-Quran memorisation and understanding were contested. The Ministry of Defence/RBAF was represented in Category C by Captain Pg Khairuddin bin Pg Haji Tali of the RBAF Religious Department (JAMA’AT) who won second place. The participants in this category contested for 3 juzuks of The Al Quran, from 1 to 3.
The ceremony was held to mark Nuzul Al-Quran – which refers to the revelation of the first verses of the Holy Quran to Prophet Muhammad (SAW) on 17 Ramadhan. The national level competition was also held to cultivate a love for the Al-Quran and encourage reading it as a daily practice.



MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN TAHUN 1438 HIJRAH PERINGKAT NEGARA
BERAKAS, Ahad 11 Jun 2017 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1438 Hijrah di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik.
Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada majlis tersebut dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan, Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit dan Timbalan Menteri Ugama, Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.
Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran pada tahun ini diungkayahkan bersama dengan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Kementerian Pertahanan, Bank Islam Brunei Darussalam, Perbadanan Tabung Amanah Islam dan Takaful Brunei Darussalam. Tahun ini membawa tema ‘Al-Quran Temanku Menceriakan Hidupku’.
Sebanyak lima kategori Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan telah dipertandingkan. Mewakili Kementerian Pertahanan/Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dalam Kategori C ialah Kapten Pg Khairuddin bin Pg Haji Tali dari pada Jabatan Agama ABDB yang memenangi tempat kedua. Peserta-peserta dalam kategori bertanding dalam bacaan 3 Juzuk Al-Quran dari 1 hingga 3.
Majlis tersebut diadakan bagi menandakan Nuzul Al-Quran yang merupakan peristiwa yang amat besar bagi umat Islam apabila ayat-ayat suci Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad (SAW) pada 17 Ramadhan. Pertandingan peringkat negara itu juga bertujuan untuk menanamkan sifat mencintai membaca kitab Al-Quran dan mengamalkannya sebagai amalan harian.