BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 27 March 2019 – The Ministry of Defence and the Organisation for the Prohibition of Chemical Weapons (OPCW) co-hosted the National Legal Workshop for Brunei Darussalam on the Implementation of the Chemical Weapons Convention (CWC) from 26 to 27 March 2019 at the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS).

Present at the event as the Guest of Honour was Haji Amiruddin bin Haji Mohammad Hassan, Acting Permanent Secretary of the Ministry of Defence, whom presented certificates of appreciation to all participants during the closing ceremony.

The workshop that was officiated by Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Director of Defence Policy of the Ministry of Defence, aimed to provide assistance to Brunei Darussalam in making its initial submission on the legislative and administrative measures in implementing the CWC; to finalise the draft legislation of CWC and to outline the next steps in implementing the CWC legislation.

A total of over 40 participants from various Government agencies and industry establishment attended the workshop. These include, amongst others, the Attorney General’s Chambers; Royal Brunei Police Force; directorates and units of the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces; Royal Customs and Excise Department, Ministry of Finance and Economy;  Ministry of Foreign Affairs; Fire and Rescue Department; Ministry of Home Affairs; Ministry of Education;  Ministry of Primary Resources and Tourism; Ministry of Health, Ministry of Energy (Energy and Manpower) and Industry; and Brunei Liquefied Natural Gas (BLNG).

The OPCW, based in the Hague, Netherlands is responsible for implementing the CWC.  Amongst the OPCW’s missions are to ensure the destruction of chemical weapons; to prevent their re-emergence in any member states; and to encourage international cooperation in the peaceful uses of chemistry. Brunei Darussalam is a signatory and state party to a broad range of United Nations treaties and conventions including the CWC. Brunei Darussalam signed the CWC on 13 January 1993 and ratified it on 28 July 1997.

BENGKEL UNDANG-UNDANG NEGARA BAGI PELAKSANAAN CHEMICAL WEAPONS CONVENTION

BOLKIAH GARISON, Rabu, 27 Mac 2019 – Kementerian Pertahanan dan Organisation for the Prohibition of Chemical Weapons (OPCW) telah menganjurkan Bengkel Undang-Undang Negara bagi Pelaksanaan Chemical Weapons Convention (CWC) dari 26 hingga 27 Mac 2019 di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Hadir selaku Tetamu Kehormat, Haji Amiruddin bin Haji Mohd Hassan, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, yang menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada semua peserta semasa majlis penutup.

Bengkel yang dirasmikan oleh Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Pengarah Dasar Pertahanan Kementerian Pertahanan bertujuan untuk memberi bantuan kepada Negara Brunei Darussalam dalam membuat penyerahan awal mengenai langkah-langkah yang diambil bagi menghasilkan perundangan dan pentadbiran dalam melaksanakan CWC; untuk memuktamadkan draf undang-undang CWC dan untuk menggariskan langkah-langkah seterusnya bagi melaksanakan undang-undang CWC.

Seramai lebih dari 40 peserta dari pelbagai agensi Kerajaan dan industri menghadiri bengkel tersebut.  Ini termasuk, antara lain, Pejabat Peguam Negara; Pasukan Polis Diraja Brunei; jabatanarah-jabatanarah dan unit-unit di Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian Kewangan dan Ekonomi; Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri; Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Kementerian Pendidikan; Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; Kementerian Kesihatan; Kementerian Tenaga  (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian; dan Brunei Liquefied Natural Gas (BLNG).

OPCW, yang beribupejabat di Hague, Netherlands, bertanggungjawab dalam melaksanakan CWC.  Antara misi OPCW ialah untuk memastikan pemusnahan senjata bahan kimia; untuk mencegah kemunculan semula penggunaan senjata berkenaan di mana-mana negara; dan menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam penggunaan kimia secara aman.  Brunei Darussalam merupakan ahli dan negara yang menandatangani pelbagai perjanjian dan konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu termasuk CWC.  Negara Brunei Darussalam telah menandatangani CWC pada 13 Januari 1993 dan mengesahkannya pada 28 Julai 1997.