​BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday, 1 July 2023 The National Flag hoisting ceremony to mark the commencement of nationwide celebrations for the 77th birthday of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam took place today at the vicinity of the Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex’s open area in the capital.

Twenty Royal Brunei Navy (RBN) personnel led by Lieutenant Junior Grade Abdul Matin Mahdi bin Haji Matassan,RBN marched in to receive the National Flag from the Guest of Honour, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Minister of Home Affairs.

The National Flag hoisting ceremony also marks the beginning for citizens and residents of Brunei Darussalam to hoist the national flag at their respective residences, and in all public and private premises nationwide reflecting their commitment, patriotism, loyalty and strengthens the love for the monarch and country.

UPACARA MENAIKKAN BENDERA SEMPENA HARI KEPUTERAAN KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 77 TAHUN

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 1 Julai 2023 – Acara menaikkan bendera besar menandakan sambutan senegara Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-77 telah berlangsung di kawasan lapang berdekatan bangunan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Bandar Seri Begawan.

Seramai 20 orang anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) yang diketuai oleh Leftenan Madya Abdul Matin Mahdi bin Haji Matassan,TLDB telah berbaris masuk bagi penerimaan bendera besar Negara Brunei Darussalam dari tetamu kehormat, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Acara menaikkan bendera besar Negara Brunei Darussalam ini menandakan permulaan bagi menaikkan bendera kebangsaan di rumah-rumah serta premis kerajaan dan swasta di seluruh negara. Ianya juga melambangkan komitmen, semangat patriotisme, kesetiaan, serta meningkatkan cinta terhadap raja dan negara.​