BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 16 February 2020 – The 36th National Day celebration began with a giant flag hoisting ceremony in the capital. The raising of the giant national flag was officiated by Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong, Ministry of Primary Resources and Tourism.
The giant-sized flag was raised by 20 personnel from the Royal Brunei Navy led by Lieutenant Junior Grade Mohammad Syafi’ie bin Othman, RBN in the vicinity of Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex.
The ceremony was also attended by First Admiral Dato Seri Pahlawan Haji Othman bin Haji Suhaili @ Suhaily, Commander of Royal Brunei Navy and other Services Commanders from Royal Brunei Armed Forces (RBAF).
The theme for this year’s 36th National Day celebration will continue to be Menjayakan Wawasan Negara, reflecting the commitment to achieve the nation’s aspirations of Brunei Vision 2035.


UPACARA MENAIKKAN BENDERA BESAR SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBENGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 36
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 16 Februari 2020 – Upacara menaikkan bendera besar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-36 telah berlangsung di Bandar Seri Begawan. Kenaikan bendera besar ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
Upacara menaikkan bendera besar telah dilaksanakan oleh 20 anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) yang diketuai oleh Leftenan Madya Mohammad Syafi’ie bin Othman, TLDB di Kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Turut hadir semasa upacara menaikkan bendera ialah Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Haji Othman bin Haji Suhaili @ Suhaily, Pemerintah TLDB dan juga Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Tema Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-36 bagi tahun ini ialah ‘Menjayakan Wawasan Negara’, untuk mencapai aspirasi Wawasan Brunei 2035.