BERAKAS GARRISON, Friday, 6 March 2026 – In enlivening the Holy Month of Ramadan, the Royal Brunei Navy (RBN) organised the Nadwah Ilmiah Forum 1447H/2026M for civilian and military female officers and personnel of the Ministry ofDefence. The forum was held at the Pahlawan Hall, Berakas Garrison, Royal Brunei Land Forces.
Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Colonel Norsuriati binti Haji Sharbini, Head of Judge Advocate General’s (JAG). Also in attendance were Senior offices, officers, personnel of the Ministry of Defence.
With the theme ‘Taqwa: The Guiding Compass of a Successful Woman’, the programme highlighted that taqwa serves as the foundation of a woman’s identity and as a guiding principle in fulfilling her diverse roles, both within the family and her career. The forum emphasized how taqwa enables women to regulate emotions, cultivate discipline, and uphold integrity when facing challenges, ultimately contributing not only to personal success but also to family harmony and the development of a more resilient society.
The forum was moderated by Lieutenant Junior Grade Dayangku Nur Amrina binti Pengiran Abdul Aziz, RBN, Staff Officer Grade 3, Capability Development, RBN Headquarter Two panel members participated in the discussion, namely Ustazah Siti Syuhaidah binti Hj Mohd Yusoff, Religious Development Officer, Lecturer’s Unit, Da’wah Dissemination Division, Islamic Da’wah Centre, and Pengiran Siti Katijah binti Pengiran Sulaiman, Assistant Lecturer, Faculty of Education and Social Sciences, Seri Begawan Religious Teachers’ University College.
The forum continued with the presentation of mementos by the Guest of Honour to the moderator and panel members, followed by the recitation of the Doa Selamat.






FORUM NADWAH ILMIAH BAGI PEGAWAI DAN ANGGOTA WANITA AWAM DAN TENTERA PERINGKAT KEMENTERIAN PERTAHANAN
BERAKAS GARISON, Jumaat, 6 Mac 2026 – Bagi menyemarakkan bulan Ramadan, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menganjurkan forum Nadwah Ilmiah 1447H/2026M bagi pegawai dan anggota wanita awam dan tentera Kementerian Pertahanan. Forum tersebut telah berlangsung di Dewan Pahlawan, Berakas Garison, Tentera Darat Diraja Brunei.
Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Kolonel Norsuriati binti Haji Sharbini, Ketua Perundangan Tentera. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta anggota-anggota wanita Kementerian Pertahanan.
Dengan tema ‘Taqwa: Kompas Wanita Berjaya’, program ini menekankan bahawa taqwa merupakan asas jati diri seorang wanita serta menjadi panduan utama dalam melaksanakan pelbagai peranan, sama ada dalam institusi keluarga mahupun kerjaya. Forum ini turut mengetengahkan bagaimana taqwa membantu wanita mengawal emosi, membina disiplin dan mengekalkan integriti dalam menghadapi cabaran, sekali gus menyumbang bukan sahaja kepada kejayaan peribadi, malah kepada keharmonian keluarga dan pembentukan masyarakat yang lebih berdaya tahan.
Forum tersebut dipengerusikan oleh Leftenan Madya Dayangku Nur Amrina binti Pengiran Abdul Aziz, TLDB, Penolong Pegawai Turus, Perkembangan Keupayaan, Markas TLDB. Dua orang ahli panel untuk membincangkan tajuk forum iaitu Ustazah Siti Syuhaidah binti Hj Mohd Yusoff, Pegawai Perkembangan Ugama, Unit Peceramah, Bahagian Penyebaran Da’wah, Pusat Da’wah Islamiah, dan Pengiran Siti Katijah binti Pengiran Sulaiman, Penolong Pensyarah, Fakulti Pendidikan dan Sains Kemasyarakatan, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
Forum tersebut diteruskan dengan penyampaian cenderahati daripada Tetamu Kehormat kepada moderator dan ahli panel forum dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.