BERAKAS GARRISON, Friday, 6 March 2026 – In enlivening the Holy Month of Ramadan, the Royal Brunei Navy (RBN) organised a
Nadwah Ilmiah Forum 1447H/2026M for civilian and military female officers and personnel, which was held this morning at the Pahlawan Hall, Berakas Garrison, Royal Brunei Land Forces.

Present as the guest of honour was Yang Mulia Colonel Norsuriati binti Haji Sharbini, Head of Judge Advocate General’s (JAG). Also present were Senior offices, officers, personnel of the Ministry of Defence.

With the theme ‘Taqwa: The Guiding Compass of a Successful Woman’, the programme emphasised that
taqwa serves as the foundation of a woman’s identity and a guiding principle in carrying out her diverse roles, both within the family and in her career. It highlighted how
taqwa enables women to regulate emotions, cultivate discipline, and uphold integrity when facing challenges, ultimately contributing not only to personal success but also to family harmony and the development of a more resilient society.

The forum was moderated by Lieutenant Junior Grade Dayangku Nur Amrina binti Pengiran Abdul Aziz, RBN, Staff Officer Grade 3, Capability Development,  RBN Headquarters, with two panel members participating in discussing the topic of the forum, namely Ustazah Siti Syuhaidah binti Hj Mohd Yusoff, Religious Development Officer, Lecturer’s Unit, Da’wah Dissemination Division, Islamic Da’wah Centre, and Pengiran Siti Katijah binti Pengiran Sulaiman, Assistant Lecturer, Faculty of Education and Social Sciences, Seri Begawan Religious Teachers’ University College.

The forum continued with the presentation of mementos by the guest of honour to the forum moderator and panel members and concluded with the recitation of the
Doa Selamat.

FORUM NADWAH ILMIAH BAGI PEGAWAI DAN ANGGOTA WANITA AWAM DAN TENTERA PERINGKAT KEMENTERIAN PERTAHANAN 

BERAKAS GARISON, Jumaat, 6 Mac 2026 – Bagi menyemarakkan bulan Ramadan, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menganjurkan forum Nadwah Ilmiah bagi pegawai dan anggota wanita awam dan tentera bagi tahun 1447H/2026M yang berlangsung pagi ini di Dewan Pahlawan, Berakas Garison, Tentera Darat Diraja Brunei.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Kolonel Norsuriati binti Haji Sharbini, Ketua Perundangan Tentera. Turut hadir adalah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta anggota-anggota wanita Kementerian Pertahanan.

Dengan tema ‘Taqwa: Kompas Wanita Berjaya’, program ini menekankan bahawa taqwa merupakan asas jati diri wanita serta panduan utama dalam melaksanakan pelbagai peranan, sama ada dalam keluarga mahupun kerjaya. Ia turut mengetengahkan bagaimana taqwa membantu wanita mengawal emosi, membina disiplin dan mengekalkan integriti ketika berdepan cabaran, sekali gus menyumbang bukan sahaja kepada kejayaan peribadi, malah kepada keharmonian keluarga dan pembentukan masyarakat yang lebih berdaya tahan.

Forum tersebut dipengerusikan oleh Leftenan Madya Dayangku Nur Amrina binti Pengiran Abdul Aziz, TLDB, Penolong Pegawai Turus, Perkembangan Keupayaan, Markas TLDB dengan dua orang ahli panel untuk membincangkan tajuk forum iaitu Ustazah Siti Syuhaidah binti Hj Mohd Yusoff, Pegawai Perkembangan Ugama, Unit Peceramah, Bahagian Penyebaran Da’wah, Pusat Da’wah Islamiah, dan Pengiran Siti Katijah binti Pengiran Sulaiman, Penolong Pensyarah, Fakulti Pendidikan dan Sains Kemasyarakatan, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
Forum
tersebut diteruskan dengan penyampaian cenderahati daripada tetamu kehormat
kepada moderator dan ahli panel forum dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.