BOLKIAH GARRISON, Sunday, 27 October 2019 – As part of the 25th series of Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) 2019, the Joint Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Band and the United States (U.S) 7th Fleet Naval Band have been actively involved in showcasing their musical grace and talent in the country.
This year, the Joint RBAF Band and the US 7th Fleet Naval Band aimed to gain as much knowledge, experience and as many skills exchanged between both bands through performances and workshops, and to give moral support particularly to the Yayasan Kanser Kanak-Kanak Brunei (YASKA). Several live performances were held at the One Riverside Plaza and the OneCity Shopping Complex, along with a private performance for YASKA and a music workshop held at the Wira Seni Concert Hall, RBAF Band Building.
YASKA, a centre dedicated in helping teenagers with cancer, organized activities such as sing-alongs and games during a performance featuring both the RBAF Band and the United States 7th Fleet Naval Band during a community relations event as part of the CARAT Brunei 2019. This charity and community activity was held for the first time with the support from YASKA’s family members and McDonald’s Brunei.
The session ended with the exchange of mementos presented by Colonel (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Director of Personnel, Royal Brunei Armed Forces to Haji Mohd Suffian bin Haji Zainal, President of Yaska and Sahrizam bin Haji Samat, Operation Manager of McDonald’s Brunei.



PERSEMBAHAN MUSIK DARIPADA PANCARAGAM ABDB DAN 7th FLEET TENTERA LAUT AMERIKA SYARIKAT MERIAHKAN KECERIAAN YASKA
BOLKIAH GARRISON, Ahad, 27 Oktober 2019 – Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan United States (U.S) 7th Fleet Navy Band aktif dalam mempamerkan bakat muzik di negara ini sebagai sebahagian Eksesais Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) siri 25 bagi tahun 2019 di Negara Brunei Darussalam.
Dengan tujuan untuk menimba ilmu, pengalaman, dan kemahiran melalui persembahan dan bengkel, untuk memberi sokongan moral khususnya kepada Yayasan Kanak-Kanak Kanser Brunei (YASKA).
Beberapa persembahan yang telah diadakan seperti di One Riverside Plaza dan OneCity Shopping Complex, dan persembahan tertutup khusus untuk YASKA serta bengkel muzik akan dikendalikan di Dewan Konsert Wira Seni, Bangunan Pancaragam ABDB.
YASKA, pusat yang didedikasikan untuk membantu remaja yang menghidap penyakit kanser, juga menganjurkan aktiviti seperti nyanyian bersama dan permainan semasa persembahan yang telah menampilkan kedua-dua pancaragam sebagai sebahagian acara perhubungan masyarakat daripada program eksesais CARAT Brunei bagi tahun 2019. Acara amal dan aktiviti kemasyarakatan ini pertama kali diadakan dengan sokongan dari ahli keluarga YASKA dan McDonald’s Brunei.
Acara berakhir dengan pertukaran cenderahati yang disampaikan oleh Kolonel (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Pengarah Keanggotaan, ABDB, kepada Presiden YASKA, Haji Mohd Suffian bin Haji Zainal, dan Pengurus Operasi McDonald’s Brunei, Sahrizam bin Haji Samat.