BERAKAS GARISON, Jumaat 12 Julai 2013 – Pertandingan Musabaqah Tilawah Al-Quran peringkat akhir ABDB sempena Hari Ulangtahun ABDB ke-52 telah diadakandi Dewan Pahlawan, Perkhemahan Berakas.
Pada tahun ini, pertandingan musabaqah ini telah dikendalikan oleh TUDB yang dipengerusikan oleh 457 Mejar (U) Mohd Eswandy bin Junaidi.
Pertandingan ini telah disertai seramai 12 qari dan 6 qariah di Peringkat Saringan yang telah diadakan pada 3 Julai 2013 di Dewan Pahlawan, Perkhemahan Berakas.
Hanya 10 peserta iaitu 5 qari dan 5 qariah layak ke Peringkat separuh akhir yang terdiri daripada 3 anggota daripada Kementerian Pertahanan, 1 anggota dari TDDB, 1 anggota daripada TLDB, 2 anggota daripada TUDB dan 3 anggota daripada IL. Pada peringkat akhir 4 qari dan 4 qariah yang layak termasuk 2 johan qari dan qariah pada tahun lepas bertanding.
Tetamu kehormat majlis ialah Mejar Jeneral Dato Seri Paduka Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Paduka Seri Haji Abidin, Pemerintah ABDB.
Pemenang qari ditempat pertama adalah 13007 SSjn (L) Aliuddin bin Haji Sarbini dari TLDB. Manakala tempat kedua dan ketiga adalah 18032 LKpl Nazirul bin Haji Asmat dari Kementerian Pertahanan dan 11307 SSjn Haji Shaipin bin Haji Abu Bakar dari Kementerian Pertahanan.
Pemenang qariah ditempat pertama adalah 771 Kapten Dk Nur Izzah Nazurah bte Pg Haji Mohammad dari Akademi Pertahanan ABDB. Tempat kedua ialah 21241 LKpl Roslina bte Haji Minggas dan tempat ketiga 21509 LKpl Siti Mahirah bte Haji Budin dari Kementerian Pertahanan.
Majlis Penyampaian cenderahati dan hadiah di teruskan dengan pemberian daripada tetamu kehormat majlis kepada para jemaah hakim dan peserta pertandingan serta Kumpulan An Najah dari TLDB. Majlis di akhiri dengan bacaan doa selamat oleh Timbalan Ketua Jabatan Agama ABDB, Kapten Ariffin bin Amit.




