BRUNEI MUARA, Thursday, 5 August 2021 – In conjunction with the Diamond Jubilee Anniversary of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and as part of its Community Outreach Campaign, the RBAF continues to undertake mosque cleaning campaigns at 60 mosques throughout the four districts in the Sultanate.
For the month of July, the RBAF conducted cleaning campaigns at another 10 mosques, namely at Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah Mosque Kampong Sungai Kelugos, Kampong Masin Mosque, Kampong Sungai Teraban Mosque, Kampong Kupang Mosque, Kampong Pintu Malim Mosque, Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Mosque Kampong Tamoi, Kampong Pulaie Mosque, Kampong Sungai Buloh Mosque, Kampong Putat Mosque and Kampong Batu Apoi Mosque.
The mosque cleaning campaigns are carried out for six months, starting in June, by Directorates under the Ministry of Defence as well as across all RBAF units as means to contribute towards the wider Brunei community, in general, with a particular focus on mosques and religious halls, according to the current COVID-19 pandemic protocol.






KEMPEN MEMBERSIHKAN MASJID SEMPENA SAMBUTAN JUBLI INTAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI BAGI BULAN JULAI 2021
Brunei Muara, Khamis, 5 Ogos 2021 – Sempena Sambutan Jubli Intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan sebagai sebahagian daripada kempen kemasyarakatan, ABDB sedang giat mengendalikan kempen kebersihan sebanyak 60 buah masjid di keempat-empat daerah di negara ini.
Bagi bulan Julai, ABDB telah mengendalikan kempen membersihkan masjid di 10 buah masjid yang lain iaitu di Masjid Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Saleha Kampong Sungai Kelugos, Masjid Kampong Masin, Masjid Kampong Sungai Teraban, Masjid Kampong Kupang, Masjid Kampong Pintu Malim, Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Hj Al-Muhtadee Billah Kampong Tamoi, Masjid Kampong Pulaie, Masjid Kampong Sungai Buloh, Masjid Kampong Putat dan Masjid Kampong Batu Apoi.
Kempen membersihkan masjid ini dijalankan selama enam bulan, bermula pada bulan Jun, oleh Jabatanarah-Jabatanarah Kementerian Pertahanan dan unit-unit ABDB sebagai sumbangan kepada masyarakat, secara amnya, dengan tumpuan kepada masjid-masjid dan balai-balai ibadah sesuai dengan protokol pandemik COVID-19 pada masa ini.