BOLKIAH GARISON, Monday, 30 May 2016 – His Majesty the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) has consented to award Ministry of Defence Scholarship for 2016 to six excelling students in the country.
Four students have been granted consent to be awarded with the Supreme Commander of the RBAF Scholarship and two students with the RBAF Scholarship.
The recipients of the Supreme Commander of the RBAF Scholarship are:
1. Awang Sarohakim bin Haji Mohd Salim @Sarohakim Goeting from Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Kuala Belait;
2. Dayang Lim Chai Tze from Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan;
3. Dayang Hong Zi Ling from Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah;
4. Dayang Filzah Nadiah binti Dato Paduka Haji Mohd Hamid from Jerudong International School.
Meanwhile, the RBAF Scholarship have been awarded to:
1. Dayang Noorhazimah Azma binti Abdul Aziz from Jerudong International School, and
2. Ak Mohd Amirrul Syafiq bin Pg Kasmirhan from Jerudong International School.
The signing of agreement and Ministry of Defence Scholarship award ceremony was held at the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies, Ministry of Defence.
Signing on behalf of the Ministry of Defence was Datin Paduka Dayang Hajah Suriyah binti Haji Umar, the Permanent Secretary at the Ministry of Defence.
Signing on behalf of the RBAF was Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Seri Pahlawan Awang Mohd Tawih bin Abdullah, RBAF Commander.
Also present to witness the Ministry of Defence Scholarship signing and award ceremony was the Deputy Minister of Defence, Laksamana Pertama [B] Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit.



PENGANUGERAHAN BIASISWA KEMENTERIAN PERTAHANAN KEPADA 6 PENUNTUT CEMERLANG
BOLKIAH GARISON, Isnin 30 Mei 2016 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengurniakan titah perkenan bagi penganugerahan Biasiswa Kementerian Pertahanan bagi tahun 2016 kepada enam penuntut cemerlang di negara ini.
Seramai empat penuntut telah diperkenankan untuk dianugerahkan Skim Biasiswa Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan dua penuntut telah diperkenankan untuk dianugerahkan Skim Biasiswa ABDB.
Penerima-penerima Anugerah Skim Biasiswa Pemerintah Tertinggi ABDB terdiri dari:
1. Awang Sarohakim bin Haji Mohd Salim @Sarohakim Goeting dari Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Kuala Belait;
2. Dayang Lim Chai Tze dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan;
3. Dayang Hong Zi Ling dari Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah;
4. Dayang Filzah Nadiah binti Dato Paduka Haji Mohd Hamid dari Jerudong International School.
Manakala penerima bagi Anugerah Skim Biasiswa ABDB ialah:
1. Dayang Noorhazimah Azma binti Abdul Aziz dari Jerudong International School, dan
2. Ak Mohd Amirrul Syafiq bin Pg Kasmirhan dari Jerudong International School.
Majlis Penandatanganan Perjanjian dan Penganugerahan Biasiswa Kementerian Pertahanan bagi tahun 2016 berlangsung di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kementerian Pertahanan.
Menandatangani bagi pihak Kementerian Pertahanan ialah Datin Paduka Dayang Hajah Suriyah binti Haji Umar, Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan.
Menandatangani bagi pihak Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB.
Turut hadir menyaksikan penandatanganan perjanjian dan penganugerahan biasiswa tersebut ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama [B] Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit.