REPUBLIC OF SINGAPORE, Friday 28 July 2017 – Eight Ministry of Defence Scholars departed for Singapore on Friday to attend the 9th Brunei Darussalam-Singapore Defence Scholars Development Programme in which the delegation was led by Susie Haslinda @Shazwana Humaira Na’asya binti Abdullah, Head of Scholarship Section, Directorate of Administration and Manpower.

The overall programme comprises two phases whereby the first is conducted in Singapore from 28 July to 3 August 2017. The latter stage will be held in Brunei Darussalam.

The development programme in Singapore will include activities and lectures designed to enhance their team-building and leadership skills, as well as personal and character development.

Apart from this, they are also scheduled to visit various historic places in Singapore. The scholars will also get the opportunity to attend the preview of Singapore’s National Day Parade in which the main event will take place on 9 August 2017.

In addition to strengthening the bonds of friendship and cooperation between defence scholars from Brunei Darussalam and Singapore, the programme is also a reflection of the closeness between the defence establishments of both countries that has steadily grown to encompass various levels of professional ties.








MAHASISWA/MAHASISWI KEMENTERIAN PERTAHANAN BERLEPAS KE SINGAPURA BAGI BRUNEI-SINGAPORE DEFENCE SCHOLARS DEVELOPMENT PROGRAMME KALI KE-9

REPUBLIK SINGAPURA, Jumaat 28 Julai 2017 – Seramai lapan orang mahasiswa/mahasiswi Kementerian Pertahanan berlepas ke Singapura untuk menghadiri Brunei-Singapore Defence Scholars Development Programme yang  ke-9 di mana rombongan telah diketuai oleh Susie Haslinda @Shazwana Humaira Na’asya binti Abdullah, Ketua Bahagian Biasiswa, Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia.

Program tersebut pada keseluruhannya dibahagikan kepada dua fasa di mana fasa pertama diadakan di Singapura dari 28 Julai hingga 3 Ogos 2017. Peringkat seterusnya akan diadakan di Negara Brunei Darussalam.

Program pembangunan di Singapura akan merangkumi pelbagai aktiviti dan ceramah yang dikhususkan untuk meningkatkan kemahiran pembinaan pasukan dan kepimpinan, serta perkembangan keperibadian dan karakter.

Selain itu, mereka juga dijangka melawat pelbagai tempat bersejarah di Singapura. Para mahasiswa/mahasiswi juga akan  berpeluang untuk hadir bagi menyaksikan prebiu Perayaan Hari kemerdekaan Singapura di mana acara utama akan berlangsung pada 9 Ogos 2017.

Di samping mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama antara mahasiswa/mahasiswi pertahanan dari Negara Brunei Darussalam dan Singapura, program ini juga mencerminkan hubungan mesra organisasi pertahanan kedua buah negara yang telah berkembang pesat ke arah merangkumi pelbagai peringkat hubungan profesional.