BOLKIAH GARRISON, 5 September 2016 – Admiral TNI Ade Supandi, the Chief of Naval Staff, Indonesian Navy, made separate calls today to First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, the Deputy Minister of Defence, and Brigadier General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Acting Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

During the call to the Deputy Minister of Defence, both sides expressed their utmost pleasure on the close and friendly naval relations that have positively contributed to the overall warm state of bilateral defence relations. Both sides also took the opportunity to reiterate their commitment in strengthening naval-related activities through the exchange of visits, dialogues, exercises and courses.

Also present during the call was the Commander of Royal Brunei Navy, First Admiral Pg Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, and the Deputy Permanent Secretary (Defence Policy and Development), Captain (Rtd) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN.

Meanwhile, in the call with the Acting Commander of RBAF, issues of mutual concerned were discussed, underscoring the steady progress of long-standing relationship between the RBAF and the TNI. Both sides affirmed to enhance defence cooperation and mutual understanding through a wide range of interactions and professional exchanges.

Admiral TNI Ade Supandi and his delegation are on a three-day introductory visit to Brunei Darussalam from 4 to 6 September 2016.
















KEMENTERIAN PERTAHANAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI KEPALA STAF TNI-AL


BOLKIAH GARISON, 5 September 2016 – Laksamana TNI Ade Supandi, Kepala Staf, Tentara Nasional Indonesia- Angkatan Laut (TNI-AL) membuat kunjungan berasingan pada hari ini kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit dan Brigadier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Semasa kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Pertahanan, kedua-dua pihak telah merakamkan rasa gembira di atas hubungan baik di antara TLDB dan TNI-AL yang seterusnya memberikan sumbangan yang positif kepada hubungan pertahanan dua hala pada keseluruhannya. Kedua-dua pihak juga menekankan komitmen untuk terus mengukuhkan hubungan pertahanan yang sedia ada melalui pertukaran lawatan, dialog, latihan bersama dan kursus yang melibatkan anggota TLDB dan TNI-AL.

Turut hadir semasa kunjungan hormat tersebut ialah Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad; dan Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar Pertahanan dan Pembangunan), Kapten (B) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB.

Sementara, dalam kunjungan hormat dengan Pemangku Pemerintah ABDB, isu-isu yang berkepentingan bersama telah dibincangkan, menekankan kemajuan mantap dalam hubungan yang sekian lama terjalin antara ABDB dan TNI. Kedua-dua pihak mengesahkan untuk meningkatkan kerjasama pertahanan dua hala dan persefahaman melalui pelbagai interaksi dan pertukaran profesional.

Laksamana Ade Supandi dan rombongan akan berada di Negara Brunei Darussalam selama tiga hari bagi lawatan pengenalan mulai 4 hingga 6 September 2016.