BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 25 August 2026 – The Ministry of Defence joined His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam for the mass gathering and procession to commemorate the Birthday Anniversary of the Prophet Muhammad (PBUH) with the main celebration at the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien. Meanwhile, uniformed personnel from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) participated in the mass gathering and procession held across all districts nationwide.
Colonel Mohammad Roasri Erwan bin Haji Tasrif, Head of Inspectorate Unit, Royal Brunei Land Force, led the RBAF contingent comprising 450 personnel. Meanwhile, the Ministry of Defence marching contingent, comprising 91 officers and civilian staff, was led by Haji Abdul Malik bin Haji Kamis, Assistant Director of the Directorate of Administration and Manpower, Ministry of Defence.
The theme of this year’s celebration is ‘Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Suluh Aqidah’.





Daerah Brunei Muara

Daerah Tutong

Daerah Belait

Daerah Temburong
KEMENTERIAN PERTAHANAN MENYERTAI MAJLIS SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM PERINGKAT NEGARA TAHUN 1448H
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 25 Ogos 2026 – Kementerian Pertahanan turut menyertai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam perhimpunan dan perarakan bersempena Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang tumpuan utama diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, sementara pegawai dan anggota beruniform Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) turut menyertai perhimpunan dan perarakan di peringkat daerah-daerah seluruh negara.
Yang Mulia Kolonel Mohammad Roasri Erwan bin Haji Tasrif, Ketua Unit Inspektorat Tentera Darat Diraja Brunei, mengetuai kontinjen ABDB seramai 450 anggota. Manakala pasukan perarakan Kementerian Pertahanan seramai 91 orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan awam diketuai oleh Yang Mulia Haji Abdul Malik bin Haji Kamis, Penolong Pengarah Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia (JPTM), Kementerian Pertahanan.
Sambutan Maulud Nabi pada tahun ini membawa tema ‘Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Suluh Aqidah’.