
TANAH JAMBU, Thursday, 7 December 2023 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Study Day and Prize Presentation of the RBAF Essay Writing Competition 2021/2022 were held at the Defence Academy, RBAF (DA RBAF) today.
Present at the session as the Guest of Honour was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. Also in attendance were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander RBAF, Acting Permanent Secretary, Service Commanders, Directors, Commandants, senior officers and personnel of the Ministry of Defence.
The topic of the Study Day focused on Project BURAQ: “Load Carriage and its Effect on Soldiers’ Physical, Cognitive and Combatant Performances”
which highlighted the need for research and development (R&D), its benefits, shared experiences and challenges towards realising the BURAQ project, which is the main achievement of R&D in this organisation. Presenters reviewed the BURAQ study’s findings on load carriage’s effects on RBAF soldiers’ physical, cognitive, and combatant performance. This was followed by a discussion on how the study findings affected equipment design, training, safety policies, and challenges, with recommendations to improve R&D in the future. The presentation also demonstrated the importance of scientific research in formulating operational policies.
In his remark, Yang Berhormat Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II emphasised that Project BURAQ represents
a significant advancement in scientific research and development, and is able to produce and generate substantial impact through partnerships in dealing with new issues, strengthening defence capabilities, interoperability, and to improve defence diplomacy.
Yang Berhormat Pehin also emphasised that the Ministry of Defence and RBAF need to be prepared to support the
national vision of Wawasan Brunei 2035 that is to have an ‘Educated, Highly Skilled and Successful Citizen’, while facing the ever-changing security landscape, by utilising the latest technology through innovative defence strategies. These more advance research initiatives consistently emphasises the importance of military research and development. With this approach, military personnel can be equipped with advanced technology that is always sustainable and ready to meet the country’s aspirations. The BURAQ Project can help RBAF in making more effective decisions, based on evidence and data obtained by RBAF members.
Project BURAQ, conducted in collaboration with the Centre of Science and Technology Research and Development, Performance Optimization Centre (POC), and the Medical Services Royal Brunei Land Force, was led by Colonel (Dr) Haji Awang Mohd Hafizul bin Haji Mohd Awang Hassan, Chief Medical Services, also the Principal Investigator of Project BURAQ.
The event continued with the Prize Presentation of the RBAF Essay Writing Competition for 2021/2022 to the top winners of the competition, including consolation winners, following a remark from Yang Mulia Colonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof, Commandant of DA RBAF. Lieutenant Commander Qurratu’aini Qayyimah binti Dr. Al-Haj Zelzy, RBN, from the Royal Brunei Navy (RBN) secured first place. Second and third places were claimed by Lieutenant Junior Grade Pengiran Md Fadhil bin Pengiran Hj Ali, RBN, and Lieutenant Mohd Zulfahmi Solihin bin Haji Zulhazmi from the Royal Brunei Land Force (RBLF), respectively.





KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGENDALIKAN HARI PENGAJIAN 2023 DAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PERADUAN MENULIS ESEI ABDB 2021/2022
TANAH JAMBU, Khamis, 7 Disember 2023 – Hari Pengajian Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Majlis Penyampaian Hadiah bagi Peraduan Menulis Esei ABDB 2021/2022 telah diadakan di Akademi Pertahanan, ABDB (AP ABDB) hari ini.
Tetamu Kehormat bagi sesi tersebut ialah
Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir adalah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, Pemangku Setiausaha Tetap, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-pengarah, Komandan-komandan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan.
Topik hari pengajian tertumpu pada Projek BURAQ:
“Load Carriage and its effect on Soldiers’ Physical, Cognitive and Combatant Performances”, yang mengetengahkan akan keperluan penyelidikan dan pembangunan
(R&D), faedah-faedahnya, perkongsian pengalaman dan cabaran ke arah merealisasikan Projek BURAQ, yang mana merupakan pencapaian utama
R&D didalam organisasi ini. Para pembentang juga turut membincangkan hasil utama yang diperolehi melalui kajian, khususnya yang berkaitan dengan kesan pengangkutan terhadap prestasi fizikal, kognitif dan kombat anggota-anggota ABDB. Ini diikuti dengan perbincangan mengenai kesan hasil kajian terhadap rekabentuk peralatan, latihan semasa, dasar keselamatan dan beberapa cabaran yang diikuti dengan cadangan penambahbaikan terhadap pengendalian penyelidikan dimasa hadapan. Penyampaian tersebut selanjutnya menunjukkan akan kepentingan penyelidikan saintifik dalam penggubalan dasar operasi.
Yang Berhormat Pehin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II mengetengahkan bahawa Projek BURAQ melambangkan satu kemajuan yang membanggakan dan amat ketara dalam kaedah penyelidikan dan pembangunan saintifik, dan mampu menghasilkan serta menjana impak substantial melalui perkongsian dalam menangani isu-isu baharu, memperkukuhkan keupayaan pertahanan, daya kesaling-operasian, disamping meningkatkan diplomasi pertahanan.
Yang Berhormat Pehin turut menegaskan bahawa Kementerian Pertahanan dan ABDB perlu bersedia mendukung aspirasi negara, Wawasan Brunei 2035 untuk memiliki ‘Rakyat Yang Berpendidikan, Berkemahiran Tinggi Dan Berjaya’, seraya menghadapi keadaan sekuriti yang sentiasa berubah, dengan memanfaatkan teknologi terkini melalui strategi pertahanan yang inovatif, inisiatif pengkajian yang lebih maju, dan menekankan kepentingan penyelidikan dan pembangunan ketenteraan secara konsisten. Dengan pendekatan ini, anggota-anggota tentera dapat dilengkapi dengan teknologi canggih, sentiasa mampan dan siapsiaga selaras dengan aspirasi negara. Dengan Projek BURAQ, ianya boleh membantu ABDB dalam membuat keputusan yang lebih berkesan, berasaskan bukti-bukti yang diperolehi dari dapatan data anggota-anggota ABDB sendiri.
Projek BURAQ merupakan kerjasama diantara Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Sains dan Teknologi , Pusat Optima Kecergasan Tentera dan Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang diketuai oleh Yang Mulia Kolonel (Dr) Haji Awang Mohd Hafizul bin Haji Awang Mohd Hassan, Ketua Khidmat Perubatan selaku Penyiasat Utama Project BURAQ.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Peraduan Menulis Esei ABDB 2021/2022 oleh Pemerintah ABDB, termasuk hadiah sagu hati sejurus ucapan alu-aluan disampaikan oleh Kolonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof, Komandan AP ABDB. Pemenang tempat pertama ialah
Leftenan Komander Qurratu’aini Qayyimah binti Dr. Al-Haj Zelzy, TLDB dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). Manakala di tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Leftenan Dya Pengiran Md Fadhil bin Pengiran Haji Ali, TLDB juga dari TLDB and Leftenan Mohd Zulfahmi Solihin bin Haji Zulhazmi dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).